Thursday, August 29, 2019

PETRONAS = The Most Attractive Employer? Tapi Realitinya...

KL Convex - PM visited Petronas


Baru-baru ni aku ada terbaca di akhbar The Star berkenaan penarafan "The Most Attractive Employer" by agensi Randstad yang diberikan kepada PETRONAS.

First and foremost....TAHNIAH PETRONAS!!

Gambar hiasan (sumber: Google)


Aku begitu tertarik bila dapat tahu begitu ramai rakyat Malaysia di luar saya yang menanam cita-cita untuk bekerja dengan Petronas. Baguslah...

Tapi....realitinya?

Aku sendiri pernah bekerja dengan Petronas for almost 4 year sebelum berhenti. Atas sebab apa, mengapa dan bagaimana cara aku berhenti, aku rasa aku kurang selesa untuk mengulas dengan lebih lanjut pasal ni.

Kenapa? sebab aku takut aku tak berlaku adil pada company yang dah banyak membantu aku dalam career aku sekarang.

Gambar hiasan (sumber: Google)


Ada yang pernah tanya aku....best ke kerja Petronas?? Nak tau? OK fine...sila baca di bawah ni. Aku akan cuba mengulas secara membina.

Petronas ni sebuah organisasi yang sangat-sangat besar sebab ada banyak anak-anak syarikat...ada banyak department dan ada banyak staff. Sebelum aku berhenti dulu, Petronas ada lebih kurang 48,000 orang staff yang berkerja world-wide. Petronas bayar gaji mahal? betul ke? Benda ni sebenarnya bergantung kepada setiap individu sebab setiap orang tu dilahirkan dan dibesarkan dalam keadaan yang berbeza-berbeza. Bagi aku yang datang dari middle-income family, yes Petronas bayar gaji mahal walaupun aku hanyalah fresh grad masa mula2 masuk Petronas.

Gambar hiasan (Sumber: Google)


Kalau anda dari background teknikal, ada banyak elaun juga yang anda akan dapat jika anda bekerja kat sini. But remember, bukan senang nak masuk Petronas. Yes! bukan senang!

Anda perlu melalui banyak stage of interview...bergantung kepada department / anak syarikat yang panggil anda untuk interview. Like me, aku bekerja dengan Corporate Affairs Petronas Holdings...Petronas Holdings adalah parent company untuk semua anak-anak syarikat bawah Petronas. Jadi tanggungjawab lebih besar sebab Holding company la selalu yang terlibat untuk buat policies atau pun dasar-dasar untuk anak-anak syarikat.

Aku sendiri kena melalui 3 stages...dari writing test..pegi pulak kepada chit chat interview, baru la lps tu dipanggil untuk the last stage yang dipanggil sebagai Structured Interview (S.I). Seriously, aku rasa macam tak dapat masa tu...lepas je interview, keesokannya HR called and bagitau aku kena buat medical check up. Masa tu aku macam blurr...aku dapat ke kerja ni? bila tanya orang HR tu..."yelah awak dapat, sebab tu awak kena buat medical check up" haaa...barulah masa tu rasa berdebar-debar...akhirnya penantian aku mencari kerja berakhir....hehehe

Gambar hiasan (Sumber: Google)

Oh ye...lupa nak bgtau...perjalanan aku masuk ke Petronas ni bukan mudah. Sebab aku bukan pemegang scholarship Petronas..dari industri luar pun bukan sebab aku fresh grad masa tu. Tapi lepas grad memang sangat susah nak dapat kerja....beratus-ratus application hantar kat jobstreet pun belum tentu boleh dipanggil untuk interview. So aku decided untuk masuk Skim Latihan 1Malaysia (SLIM-GEES) bawah Petronas which aku tak nak bagitau lebih-lebih sangat. Mungkin aku akan buat story pasal ni dalam next post.

SL1M GEES SECOND BATCH (2011/2012)

SL1M GEES SECOND BATCH (2011/2012)

SL1M GEES SECOND BATCH (2011/2012)

Sebagai seorang Junior Executive, bekerja pulak kat company besar macam Petronas, learning curve tu memang very steep. Kau tak boleh mengharapkan untuk senior-senior kau membantu sebab dorang pun ada kerja sendiri, ada deadlines sendiri. Kena ada self-initiative and kena suka bertanya tu memang kena ada dalam diri. Kalau anda seorang yang mengharapkan kerja datang...boss bagi kerja baru nak buat...tak ada idea nak buat kertas kerja dan kerja asik nak meniru orang lain....MAAF.....PETRONAS BUKAN UNTUK ANDA. Sila cari kerja di tempat lain.

Best ke kerja Petronas? Selain gaji yang dibayar mahal, ye memang best based on my personal opinion aku. Korang akan belajar banyak benda yang tak pernah diajar masa kat universiti dulu...pasal procedures and guidelines...pasal corporate governance etc (bergantung kepada nature of job masing2 ye). Anda jugak akan kenal ramai orang bila anda terpaksa travel sana sini...atau pun pergi training di mana anda akan jumpa staf-staf lain yang bekerja dengan Petronas dari subsidiari lain. Dekat Petronas jugak aku diberikan skills dan ilmu untuk buat proposal atau kerja kerja...untuk buat bermacam-macam jenis paper dari Board paper, EXCO paper, MC paper, Approval Memo...surat tak payah cakap la...briefing deck dan bermacam jenis kena buat....so memang bole trus jadi pandai la lepas tu hahaha..Kerja Petronas ni is not a place untuk korang have fun sebab most of the time kadang-kadang kene kerja around the clock...masuk awal pagi, balik lewat malam sejajar dengan gaji yang dorang bayar kat korang (nak sangat gaji mahal kan??) sebab kerja memang takkan penah habis...keep on coming after one another.

Gambar hiasan (Sumber: Google)

Ape yang tak best? working culture dekat Petronas memang tak best...sorry to say..bila anda bekerja dekat sini, organizational politics memang tak dapat la nak lari. Sama ada anda jadi mangsa atau anda jadi pemangsa..tu banyak bergantung pada tahap resilient anda. In fact, organizational politics ni ada dekat mana organisasi pun...cuma tahap kritikal dia tu macam mana dan mungkin tahap dia agak berbeza-beza. Macam di tempat aku kerja sekarang...memang sangat best..tak pening kepala sangat.

Gambar hiasan (Sumber: Google)

Jika anda bekerja untuk Petronas...tanamkan semangat yang tinggi kerana Petronas ni ditubuhkan untuk membantu rakyat Malaysia. Selama lebih 40 tahun Petronas memang dah berkembang dengan begitu pesat...dari office di Jalan Pudu pada mula2 penubuhan..sampai pindah ke Daya Bumi...sekarang office dah jadi mercu tanda iconic Malaysia iaitu Menara Berkembar Petronas. Setiap apa yang anda lakukan tu...it brings back value to the citizen more than what you know.

So kerja Petronas ni best ke tak?? Jawapannya everything depends on you...whether you see things in different perspective or vice versa.

Kenangan kat Office Lama Tingkat 70, Menara 1, Menara Berkembar Petronas KLCC
Petronas Induction Programme for New Executives (PIPE 94)
Petronas Induction Programme for New Executives (PIPE 94)
Petronas Induction Programme for New Executives (PIPE 94)
Petronas Induction Programme for New Executives (PIPE 94)

Petronas Induction Programme for New Executives (PIPE 94)
Petronas Induction Programme for New Executives (PIPE 94)

10 comments:

  1. Memang petronas tawar kontrak jeke? Permenant susah nak dapat ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untuk yang sekarang ni saya kurang pasti. Encik kena refer pada recruitment portal Petronas from time to time

      Delete
  2. En, kalau under GEES if kita perform dorang akan tawarkan kita kerja situ ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. bergantung kekosongan department bro, mostly protege ni tujuan dia utk bantu fresh grad dpt pengalaman dlm sektor pekerjaan. Klau ada rezeki dapat lah serap jadi junior exec.

      Delete
  3. tk sure proper ke tk utk tanya tapi result degree awk atas 3.5 ke dulu? bukan apa, sy teringin nk kerja petronas tapi so far result exam paling tinggi pun 3.3. tanya sbb sy just nk ukur baju di badan sendiri. kut mmg tk layan nk kerja company besar2 mcm petronas ni 🥲

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya result degree 3.2 je 😉 kena ada keyakinan dlm diri dan terus usaha. Rezeki tuhan tak penah salah alamat. Selamat maju jaya 👍🏻

      Delete
  4. Nak tanya.. kalau lepas saya dah go through 3 stages of interview and after dah follow up masih tak dapat jawapan, saya dah boleh redha dan pasrah ke? It's been 2 weeks. :( Saya cuma nak confirmation sahaja sebab normally company besar mcm Petronas akan inform kita jugak if tak dapat that position kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya nk tanya juga, cik dh di hantar untuk attend structured interview ke?

      Delete

Perjalanan dari SPM nak masuk Universiti: STPM, Diploma dengan Matrikulasi / Asasi. Mana Satu Nak Pilih?????

  Assalamualaikum wbt.  Adik-adik, abang-abang, kakak-kakak semua. Lama dah nampaknya tak menulis kat blog ni. Biasa la...keje kat office be...