Wednesday, August 14, 2019

Misteri pukul 12.05 tengah malam

Assalamualaikum...

Ni kira post pertama aku...bila dah tua-tua ni baru nk berjinak-jinak dengan penulisan blog..

Ok lah, untuk post pertama ni, aku nak ceritakan sebuah cerita seram yang berlaku pada aku kira-kira 18 tahun yang lalu....waktu tu aku cuma form 2 and ianya berlaku di rumah lama aku di Taman Seri Cheras Jaya, Cheras Batu 9 (korang mesti dah dapat agak berapa umur aku sekarang kan?? hahaha).

Waktu tu memang tengah menjelang tengah malam, kira pukul 12.05 a.m macam tu..aku bersekolah pada sesi petang so kalau malam tu boleh lah nk tidur lambat sikit.


Adik-adik aku semua dah tidur. Waktu tu adik-adik aku bersekolah rendah pada sesi pagi, and memang parents aku akan sruh dorng tidur di bahagian ruang tamu bahagian tingkat bawah rumah (rumah teres 2 tingkat). Sebab?? Senang untuk dorang kejut adik aku pegi sekolah tanpa perlu naik ke tingkat 2 (bilik aku dan adik-adik aku) sebab bilik parents aku berada di bahagian bawah

Aku keseorangan dan masih lagi berjaga di ruang tamu, sedangkan adik-adik aku semuanya dah tidur. Kakak aku dah tidur dan abah aku pun dah tidur. Antara sebab aku tidur lambat sebenarnya nak tunggu mama balik dari kerja. Mama aku pada ketika itu bekerja di kilang Takahata di Balakong.

Nak dijadikan cerita, tiba-tiba aku terdengar bunyik bas pada pukul 12.05 a.m masa tu...bunyik bas tu memang mirip dengan bunyik bas kilang yang mak aku slalu naik. Cuma keadaan sedikit pelik sebab mak aku akan habis shift pada pukul 12.00 tgh malam dan akan naik bas kilang dari balakong smpai ke Taman Seri Cheras Jaya, kira-kira 30 minit atau 12.30 a.m macam tu baru akan sampai rumah. Tapi malam ni mcm janggal sebab awal pulak sampai bas kilang tu.


Aku masih tak berbuat apa-apa lagi, mengenangkan mama memang ada kunci rumah. Perlahan-lahan aku dengar ada orang seperti membuka kunci di gate luar rumah aku dan selepas itu, kedengaran pulak macam ada bunyik tapak kaki menolak-tolak selipar yang berada di luar pintu rumah aku. Waktu tu sumpah aku dah rasa meremang...di tambah pulak nightline kat TV3 yang aku tengok masa tu mcm ada gangguan siaran (bizzz bizzz bizzz bizzz) bunyik tv tu.



Aku rasa memang pelik sebab mama tak masuk rumah lagi sedangkan mama memang ada kunci rumah. Aku masih lagi terdengar ada orang macam berjalan-jalan kat luar rumah aku masa tu. Sumpah masa tu aku suspek ada pencurik.

Secara tiba-tiba tingkap rumah aku mcm ada orang cakar...bunyiknya macam ada orang cakar dengan menggunakan kuku. Dalam hati aku masa tu...ahhh sudahh....aku nak kene buat apa sekarang ni. Benda tu berlaku serentak, bunyik cakaran kt cermin tingkap dengan orang berjalan-jalan kt luar pintu kedengaran makin kerap.

Aku memberanikan diri untuk mengintai di bawah pintu. Memang mengejutkan sebab ternyata tak ada apa-apa pun sebenarya kat luar pintu tu...sebab aku tak ada nampak bayang-bayang kaki orang pun kat luar!!!



Ahh sudah....di sebabkan terlalu takut aku merangkak-rangkak dari ruang tamu menuju ke bilik abah aku. Berhampiran dengan bilik abah aku, ada lagi satu tingkap yang tak berlangsir. bila aku merangkak lalu je kt cermin tu, dengan tak semena-mena...tingkap tu diketuk dengan kuat dari luar (ktokk ktokk ktokk ktokkk) macam nak pecah cermin tingkap tu bunyiknya...dan aku dapat lihat ada satu bayang-bayang lembaga besar tengah melintasi cermin tu dengan bunyik...Hehhhhhhhhhhhhhh...Hehhhhhhhhhhhhhhhh (macam berbisik-bisik tapi kuat), dan bayang-bayang tu terus berlegar-legar kat cermin tingkap yang nk menuju ke bilik Abah tu...



Aku masa tu rasa...ni macam bukan pencurik ni...tapi nak terus melangkah ke bilik abah dah macam kaku kejap sebab takut...jantung macam nk tercabut keluar...

Tapi entah macam mana, aku gagahkan jugak terus bangun lari pegi ke pintu bilik Abah...aku ketuk pintu bilik Abah kuat-kuat...lama jugak abah nak bukak pintu tu...tapi aku perasan, bila aku sampai je kat bilik abah, bunyik-bunyik gangguan serta bayang-bayang tadi tiba-tiba hilang.

Abah pun keluar...Abah tanya ada apa and kenapa ketuk pintu bilik kuat-kuat..Aku yang dari tadi ketakutan sambil tercungap-cungap cuba explain balik apa yang berlaku kat abah dari A-Z. Abah pun memberanikan diri, and cuba bukak pintu kt sebelah cermin tingkap tadi...Abah mengintai dari dalam...abah kata tak ada sape-sape pun. Abah pun bukak jugak cermin tingkap tadi...memang sumpah tak ada sape-sape kat luar...



Aku dah rasa mcm pelik dan kaget. Abah pergi plak kat depan (ruang tamu) sampai abah bukak pintu, jenguk kat luar kalau-kalau ada orang kat luar. Ternyata tak ada sapa-sapa pun kat luar. Mama pun tak de...Abah pun masuk balik sambil berpesan kat aku tutup tv dan pegi tidur.

Elok je abah masuk balik dalam rumah, siap kunci semua pintu balik, dalam langkah kami menuju ke tengah ruang tamu, tiba-tiba semua pintu, tingkap rumah aku bergegar...pintu depan, pintu belakang..tingkap rumah depan belakang semua kena ketuk dengan kuatnya.



Abah cakap aku ni bukan pencurik ni, tapi ada benda yang memang nak kacau kita malam ni. Aku masa tu dah panik gila. Nasib baik abah ada masa tu (aku duduk kt blakang abah) sebab takut punya pasal sambil baca ayat kursi ke ape yang patut kan.

Benda tu berlarutan selama 2-3 minit sampai la bunyik bas kilang mama berkumandang kat luar. Aku tengok jam kat dinding dah pukul 12.35 a.m macam tu...secara automatik, bunyik gegaran tu semua hilang. tiba-tiba bunyik gate pagar luar macam ada orang bukak kunci. Abah memberanikan diri untuk tengok siapa kat luar...memang ternyata mama yang baru balik kerja masa tu.

Mama pun macam heran kenapa aku dengan abah terngintai-ngintai dia kat luar yang tengah bukak pintu pagar.

Bila mama masuk je, aku pun explain kt mama satu persatu...tiba-tiba mama plak rasa seram time tu. Aku explain kt mama, kt taman perumahan ni, memang tak ada satu bas pun yang lalu malam-malam melainkan bas kilang takahata yang mama kerja tu...and aku memang pelik bas ape yang lalu tadi pada pukul 12.05 a.m. Hantu boleh buat bunyik bas lalu kt luar rumah ke???

Memang menghairankan...tapi inilah pengalaman yang terjadi kat aku time tu...in fact, sebelum tu lagi waktu aku tidur kat bilik aku di bahagian atas, aku selalu terdengar ada orang kat luar tingkap luar rumah aku tengah berjalan mundar mandir sambil bersiul-siul...kadang-kadang bunyik cakar tingkap...



Pengalaman tu lah yang menyebabkan aku tak tidur kat atas dah...aku tidur kat bawah je join adik-adik aku. Tapi tak sangka plak boleh kena kacau kat bahagian bawah rumah aku.

Wallahualam...

(Semua gambar hanyalah sekadar hiasan)

No comments:

Post a Comment

Perjalanan dari SPM nak masuk Universiti: STPM, Diploma dengan Matrikulasi / Asasi. Mana Satu Nak Pilih?????

  Assalamualaikum wbt.  Adik-adik, abang-abang, kakak-kakak semua. Lama dah nampaknya tak menulis kat blog ni. Biasa la...keje kat office be...