Wednesday, March 17, 2021

Petronas Structured Interview (S.I) - Pengalaman Aku & Persediaan Yang Perlu Anda Tahu

Hello Assalamualaikum

Terima kasih buat korang-korang semua yang sudi view dan baca content dan stories yang aku kongsikan kat dalam blog ni yang juga sebenarnya dikutip hasil dari pengalaman aku sendiri. InsyaAllah, teruskan support dan comment di bawah untuk request seberang entri / cadangan untuk aku kongsikan atau penambahbaikan dari semasa ke semasa. Blog aku ni mungkin tak de la canggih macam blog-blog lain sebab pada aku, aku lebih pentingkan content untuk aku sampaikan pada orang-orang yang nak membaca blog ni.

Kalau korang nak tahu, entry aku ni dia lebih berbentuk santai dan kandungan dia tak de la serius sangat. Jadi aku lebih prefer gunakan bahasa rojak sikit supaya lebih engaging macam kita borak dengan kawan-kawan kita semua. 

OK, ada yang request dekat aku untuk kongsikan kisah serta pengalaman aku macam mana aku berhadapan dengan Stuctured Interview atau bahasa di kalangan staf-staf Petronas lebih sinonim dipanggil sebagai S.I. 

source: Google


Untuk pengetahuan korang certain level of position dekat Petronas walaupun hanya position executive sekalipun, mempunyai pre-requisite yang berbeza-beza untuk assessment calon-calon yang hendak ditemu duga untuk bekerja dengan Petronas. Yes, ada yang perlu buat English Test (Writing), ada yang kena buat Aptitute Test, ada yang kena hadir Chit Chat Session dan bermacam-macam lagi pre-requisite yang anda perlu hadapi sebelum nama anda disenaraipendek dan dihantar untuk sturctured interview.

Walau bagaimana pun, untuk aku masa interview dulu, disebabkan position yang aku dapat tu adalah berkaitan dengan public relations, so aku dikehendaki untuk buat Englist Test (writing), Chit Chat session sebelum aku boleh di consider untuk dihantar ke Structured Interview (S.I). 

Macam mana nak dapat interview dengan Petronas atau nak apply kerja dengan Petronas? untuk pengetahuan korang, Petronas dia jarang sekali advertise position yang kosong dekat Jobstreet atau mana-mana portal mencari kerja yang lain. Memang ada tapi jarang la. Kebanyakan memang akan diiklankan di laman web Discover Petronas atau anda juga boleh klik link ni: https://careers.petronas.com.my/sap(bD1lbiZjPTEwMA==)/bc/bsp/sap/zerec_lnd_pg/login.htm 

source: Google


Dalam laman web Discover Petronas ni juga anda boleh apply untuk join SL1M GEES Petronas. Apa itu SL1M GEES Petronas? Jawapannya ada boleh baca entri saya yang ni: https://asyrafjuraimi.blogspot.com/2020/06/skim-latihan-1-malaysia-di-bawah.html

Aku sebenarnya dah dapat pendedahan mengenai S.I ni masa aku under SL1M GEES Petronas lagi. Pendedahan tu aku dapat secara tak langsung dari staf-staf dekat Petronas Leadership Centre, Bangi, iaitu tempat aku buat On-the-job training (OJT) lepas tamat 2 minggu classroom training SLIM GEES ni. Lagi beberapa hari sebelum habis classroom training tu kami semua akan diberitahu oleh pihak koordinator program SL1M GEES ni mengenai penempatan untuk buat OJT...dan kebetulan aku dengan 3 orang kawan-kawan aku yang lain ditempatkan dekat Petronas Leadership Centre, Bangi (tapi aku lebih prefer dapat kat KLCC sebenarnya 😛😛😛)

source: Google


So, apa modul-modul yang ada kat dalam S.I ni bagi ambilan jawatan executive? Biasanya untuk fresh grad ada 4 modul kat dalam tu. Tapi apa yang aku share kan ni hanyalah pengalaman aku pada tahun 2012 (sila take note ye guys). So mungkin  modul S.I Petronas sekarang ni dah banyak berubah dan mungkin ada tambahan lagi modul-modul lain. Ok, sebelum aku merepek benda-benda lain meh aku terangkan apa modul-modul yang ada kat dalam S.I ni (setakat tahun 2012):

Terdapat 4 modul / 4 peringkat iaitu:

1) Ice breaking
2) Competency based / Technical assessment (CBT)
3) Reading Comprehension / Article on current issues - choose 1 from 3 variation of articles
4) Role play (ada kena berlakon sikit kt dalam ni)

Panel Penemuduga

Panel penemuduga atau interviewer ni selalunya minimum 2 orang (ada juga yang aku dengar sampai 3 orang) dan panel temuduga ni adalah berpangkat manager and above. Apa yang anda perlu tahu, semasa anda melalui sesi chit chat session, kebanyakan chit chat session tu adalah manager / line manager yang incharge untuk jawatan yang kosong tersebut (meaning to say kalau anda di hired berkerja, maka kebarangkalian manager yang chit chat tu untuk jadi manager / supervisor anda adalah tinggi). Tapi, untuk S.I, manager yang dilantik menjadi panel penemu duga adalah panel-panel dari subsidiari-subsidiari yang mempunyai latar belakar yang berbeza-beza, pendek kata memang tak ada kaitan pun dengan jawatan anda sekarang ni. Kerana tujuan S.I adalah bukan untuk melihat anda sesuai ke tak dengan position yang anda apply (yang ni kebanyakannya akan ditanya semasa chit chat interview), tapi S.I adalah sama ada anda sesuai ke tak untuk menjadi kakitangan Petronas berlandaskan core values yang Petronas dah gariskan. Dan, panel-panel yang dipanggil untuk menjadi panel S.I ni bukan calang-calang orang. Mereka ini adalah "top talents" di Petronas (selalunya mendapat markah prestasi yang tinggi) dan telah dihantar untuk training oleh pihak HR untuk conduct S.I. Apa yang perlu anda tahu, tak semua manager di Petronas boleh menjadi panel S.I. 

1) Ice Breaking Session

Ok, dalam sesi ice breaking ni sebenarnya panel-panel penemuduga nak mengetahui dengan lebih mendalam siapakah diri anda yang sebenarnya. Sebab mereka ini mungkin tak pernah jadi panel interviewer untuk chit chat session anda. Jadi, mereka ni nak tahu siapakah anda sampai line manager berani untuk request/recommend anda untuk dihantar ke S.I. Perkara pokok yang anda perlu tahu bila panel minta anda untuk memperkenalkan diri, anda perlu ceritakan background anda (lulusan apa semua), cerita kan sedikit sebanyak pengalaman kerja anda (tolong ikut kronologi, jangan lompat-lompat nanti panel pening) dan apakah anda punya strengths and also thing that can be improved (weaknesses). Bagi aku kalo korang nk explain part yang strength and weakness ni, biarlah strength tu lagi banyak dari weakness. Dan part weakness tu anda kena terangkan juga apa solution yang anda ambil untuk overcome weakness anda (there is no right or wrong, it just that anda kena kreatif sikit dalam memberi hujahan). Kalau tak nak explain strength and weakness pun tak apa, tapi susah sikit la panel tu nak assess, sebab kalo tak silap saya dalam borang evaluation panel tu, ada kotak untuk candidate punya strength and weakness yang perlu dorang isi. So nanti panel terpaksa berpusing-pusing balik tanya untuk dapatkan maklumat tu. So it would be better jika anda terus explain sahaja untuk memudahkan kerja mereka. 

2) Competency based / technical assessment (CBT)

Untuk sesi kedua ni panel lebih berminat nak mengetahui mengenai cara-cara anda menyelesaikan masalah di dalam kerja. Mungkin untuk mereka yang apply position yang lebih teknikal, CBT ni assessment dia lain sikit (aku pun tak pasti sebab aku S.I untuk position PR executive). Oleh sebab tu untuk sesi kedua ni bagi mereka yang ada pengalaman bekerja lebih mudah la untuk menjawab soalan panel. Sebab panel dia nk tahu, masa anda kerja dulu, mesti terdapat banyak masalah-masalah yang anda hadapi di tempat kerja, macam tight deadline ke...anda terpaksa travel / bekerja lebih masa untuk siapkan tugasan ke...atau terpaksa deal dengan difficult clients ke dan macam mana cara anda untuk mengatasi masalah tersebut. Tapi, untuk freshgrad yang masuk interview S.I, mungkin anda agak susah untuk menjawab soalan ni (aku dulu pun freshgrad juga, tak ada pengalaman kerja). Jadi, anda boleh gunakan pengalaman-pengalaman aktiviti kokurikulum anda untuk membantu anda. Untuk fresh grad biasanya di sebabkan tak ada pengalaman kerja, jadi panel biasanya akan "drill down" lagi soalan-soalan dorang, sampai 1 tahap anda mungkin akan rasa tak tahu nak cakap ape lagi dah. Tapi jangan risau, jika anda tak tahu, just bagitahu anda tak tahu (jangan buat-buat tahu, nanti panel pusing lagi soalan tersebut sampai anda sendiri pun confuse nak jawab). 

3) Reading Comprehension / Articles on Current Issues

Sesi ni, kadang-kadang memang banyak ikut nasib sebenarnya. Anda akan diberikan beberapa artikel (sebelum masuk bilik interview S.I) oleh recruiter, biasanya dalam 3 articles dan anda dikehendaki pilih salah 1. Artikel-artikel untuk S.I ni kebanyakannya mengenai current issues di mana anda akan diminta untuk menghuraikan artikel tersebut berserta pendapat anda (macam berdebat la) dengan panel S.I. Apa yang anda perlu tahu, walaupun anda dari background teknikal, tidak semestinya anda akan dapat artikel yang berkaitan teknikal ya. Saya ada seorang kenalan dahulu, background Civil Engineering, tapi bila masuk S.I dia diberikan artikel mengenai Arts Preservation (hamek kau, tiga-tiga artikel semua pasal arts). Jadi sebelum anda masuk interview, malam sebelum interview S.I banyak-banyak la berdoa atau buat solat hajat ke moga-moga dapat artikel yang korang tahu macam mana nak explain. Macam aku dulu, aku tak berapa pasti yang lagi 2 artikel tu mengenai apa, tapi yang aku pilih tu memang berkaitan dengan ekonomi semasa, so agak senang untuk aku goreng since aku memang background degree ekonomi, sebab terminologi-terminologi ekonomi kat dalam artikel tu semua aku memang familiar. 

4) Role Play

Part ni yang paling best sekali dalam interview S.I ni di mana anda kena berlakon. Yang ni senario dia boleh jadi pelbagai dan agak susah untuk anda teka sebab senario tidak akan diberikan kepada anda sebelum S.I bermula kerana ianya bersifat spontan. Dan satu perkara yang perlu anda tahu, sesi role play ni tidak ada bagi candidate S.I yang experienced hire. Cuma yang fresh grad sahaja akan melalui sesi role play ni. Macam aku dulu, senario dia agak mencabar jugak. Aku diberikan peranan sebagai Plant Manager untuk salah sebuah logi pemprosesan chemicle, tiba-tiba terdapat kebocoran gas yang tak berwarna tapi berbahaya kepada penduduk kampung sekitar. Jadi anda sebagai Plant Manager, apa yang anda kena buat. Seingat aku masa tu, panel yang sorang tu berlakon jadi Ketua Kampung (dia tak mau evacuate pegi tempat yang selamat - jadi anda kena pujuk dia untuk yakinkan orang kampung), panel lagi satu pulak berlakon jadi wakil dari Jabatan Alam Sekitar (DOE) yang dapat tahu plant anda bocor dan nak suruh anda shutdown serta merta plant tu dan ugut nak dedahkan dekat media (gittuh), jadi anda kena la handle kedua-dua orang umat ni. Masa aku buat role play ni yang jadi panel ketua kampung tu memang begitu menghayati sekali ye watak beliau jadi ketua kampung sampai beliau mengetuk-ngetuk meja bagai sebab tak nak pindah pergi tempat yang selamat (tergamam aku masa tu kerana beliau begitu ligat sekali berlakon....kui kui kui 😆😆😆). 

source: Google


So macam tu la keadaan S.I aku kt Petronas pada tahun 2012. Sekarang ni tak tau la macam mana pulak kaedah dia. Mungkin juga ada tukar-tukar sikit modul dia (Wallahualam). Yang pasti masa aku buat S.I agak lama juga, hampir 2 jam stengah baru selesai dan buat S.I ni takde stop stop ye...dia memang terus buat semua modul-modul dia dalam tu dari 1 - 4 non stop. Tips dari aku, jangan berhenti bercakap, cuba jadi proaktif sikit dari panel, anda dialu-alukan untuk tanya soalan kepada panel (jika panel tanya anda ada apa-apa soalan tak untuk ditanya). Pakai la pakaian yang bersesuaian, dan jangan lupa datang awal sejam macam tu, sebab nanti anda nak kena digest yang part reading comprehension yang part artikel tu senang sebab banyak masa boleh guna untuk berfikir and rancang nak berhujah macam mana nanti. Kalau anda tak tahu pasal artikel yang anda pilih tu, tu lah masanya anda boleh guna (kalau datang awal) untuk google-google info sikit nk cari point nak berhujah nanti. Yang paling penting, kalau anda nak tahu kadang-kadang kat dalam bilik yang disediakan untuk conduct S.I tu ada refreshment, kalau panel menjemput anda untuk makan, saya rasa better anda tolak dengan baik (ni serious tau). Sebab bagi saya macam tak polite pulak kalau kita beriya-iya makan time kena interview dengan mulut yang penuh dengan makanan, nanti susah pulak nak berinteraksi dengan panel. Tapi di hadapan anda ada refereshment, tapi panel tak jemput anda makan pun, jangan anda memandai-mandai untuk makan makanan tersebut ya sebab sebelum masuk bilik S.I dengan selepas selesai S.I, pastikan anda nampak berhemah dan penuh tatasusila (so baru la panel confident sikit nak recommend anda lulus S.I).

So best of luck ya pada siapa-siapa yang bakal pergi ke interview S.I Petronas! Selamat maju jaya.

Wassalam..

6 comments:

  1. Hye! Seriously best sgt baca entry tuan! Sangat bermanfaat .Mind to share, sekarang Tuan berkhidmat di Petronas ke ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf lambat reply, dah bertahun baru perasan. Saya sempat berkhidmat almost 5 tahun dengan Petronas. Now saya dah join different company.

      Delete
  2. pernah dapat dan pergi SI Petronas ni, but i'm too freshie kot masa tu. mmg betul2 habis study, masa tu dah kerja baru sebulan dekat tempat lain. xde rezeki lmbt jumpa artikel ni, so x prepare apa2 sgt masa tu. maybe i can try later on. thanks for the tips.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum. Thank you so much for writing this very comprehensive article. I enjoyed reading line by line. Walaupun pengalamannya dah lama but I believed it is still relevant for those who're looking for S.I tips. Thanks again!

    ReplyDelete

Perjalanan dari SPM nak masuk Universiti: STPM, Diploma dengan Matrikulasi / Asasi. Mana Satu Nak Pilih?????

  Assalamualaikum wbt.  Adik-adik, abang-abang, kakak-kakak semua. Lama dah nampaknya tak menulis kat blog ni. Biasa la...keje kat office be...