Wednesday, August 5, 2020

Skim Latihan 1 Malaysia Di bawah PETRONAS (Graduate Employability Enhancement Scheme - SL1M GEES)

Halo halo halo

Assalamualaikum Guys...

Apa khabar? Rasanya macam dah lama jugakkan aku tak update entry kat dalam blog aku ni...pejam celik pejam celik rupanya dah hampir setahun jugak aku tak update apa-apa kat dalam blog ni (last entry was in August last year).

Okay...mcm hari tu aku ada janji nak ceritakan pasal Skim Latihan 1 Malaysia yang aku pernah enrolled in 2011....and that was nearly 9 years ago (cerita zaman batu nih...). Dan, disebabkan oleh skim ni la aku dapat berkerja dengan Petronas (secara tak sengaja sebenarnya).


Umum mengetahui yang aku sangat susah nak dapat pekerjaan masa mula-mula grad dulu. Ada juga yang dapat interview and bila attended the interview session, rupanya scam...sruh jual produk-produk yang tah apa-apa kat orang ramai semua. Interview kerja yang tak scam pulak rata-rata nak pengalaman kerja sekurang-kurangnya 1-2 tahun (minimum)....Adooii matilanak...mana la nak dapat pengalaman kerja kalau tak diberi peluang berkerja kepada budak fresh grad?

Melilau kesana kemari aku mencari kerja...segenap pelusuk company aku dh pergi interview...tapi rezeki tu masih belum melekat lagi time tu. Tak lama selepas tu...aku dapat tau beberapa orang kawan aku yang masuk skim latihan 1 malaysia ni (SL1M) dapat kerja. Tapi apakah SL1M ni???

Ok...SLIM ni sebenarnya 1 program yang penah dianjurkan dulu dan diinspirasikan oleh mantan Perdana Menteri Malaysia yang lama, Dato' Seri Najib Razak untuk membantu membebaskan para graduan dari belenggu tak dapat kerja atau tanam anggur atau dengan erti kata lain menganggur. Program ni berkerjasama dengan GLC-GLC yang ada kat Malaysia ni yang rata-ratanya merupakan company yang besar la..

Gambar semasa kami tengah buat CSR Project untuk SL1M Gees batch 2
Gambar semasa kami tengah buat CSR Project untuk SL1M Gees batch 2

Aku sememangnya malas nak pergi masuk program ni...sebab program ni sebenarnya berbentuk training, nk kena belajar balik, present-present semua, ibarat kau macam belajar balik kat universiti (belum apa-apa lagi dh negative thinking aku nih...ayoo). Tapi demi nak mendapatkan sebuah pekerjaan, aku gagahkan jugak la diri ni apply skim ni. Alhamdulillah dapat a few offers seperti berikut:
Registration SL1M GEES di Petronas Leadership Centre, Bangi


Registration SL1M GEES di Petronas Leadership Centre, Bangi



1) SL1M Maybank
2) SL1M Sime Darby
3) SL1M Khaznah Nasional
4) SL1M Petronas

Mula-mula skali offer yang aku dapat lebih kepada yang no.1 - no.3....rasa nak bergerak untuk reply untuk confirmkan participation dalam program tu rasa mcm lemah sangat....sebab memang kalau boleh tak nak dah belajar, training-training semua ni. Tiba-tiba dapat panggilan dari Petronas, and dorang bagitahu aku dapat enrolled program ni under Petronas. Bagai tarikan magnet yang kuat dan tak berpikir panjang memang aku terus accept. Tak tahu la kenapa. Mungkin sebab nama dia "Petronas" and orang pun dah tau kan Petronas ni company yang sangat besar kat Malaysia ni

Mula-mula sampai kat Petronas Leadership Centre (PLC), tak tau la, aura dia memang sangat menarik minat aku untuk training kat tempat tu...scenery dia memang cantik, fasiliti-fasiliti dia semua memang tip top, kemudahan riadah yang pelbagai...plus, ada disediakan bilik penginapan di pusat training tu yang bertaraf hotel 3 bintang. Memang sangat-sangat selesa.



Penginapan disediakan oleh pihak Petronas di Petronas Leadership Centre sepanjang 14 soft skills training. Boleh tahan selesa juga bilik yang disediakan


Okay, training SL1M yang under Petronas ni tak ada lah lama sangat, seingat aku cuma 14 hari je untuk program soft skills training di mana anda akan di dedahkan dengan pelbagai kursus untuk mempersiapkan anda dengan dunia pekerjaan. selepas tamat soft skills training ni, barulah anda akan diletakkan di pejabat-pejabat Petronas di seluruh Malaysia (bergantung kepada kekosongan) mengikut kesesuaian dan kelulusan masing-masing. Penempatan ni dipanggil sebagai "On the Job Training" atau OJT yang akan berlangsung selama 6 bulan. Dia sebenarnya lebih kurang macam internship. 






Soft skills classroom training dekat Petronas Leadership Centre - SL1M GEES Batch 2


Sejujurnya aku sangat berpuas hati dengan cara Petronas handle program ni sebab kebajikan para peserta memang akan dijaga dengan baik. Macam aku, memang tak sempat nak habiskan 6 bulan. Nak masuk bulan kedua je aku dah dapat panggilan untuk Structured Interview di Petronas sebagai permanent staff. Alhamdulillah akhirnya dapat juga kerja masa tu selepas lama sangat tanam anggur kat rumah :P


muka-muka happy sbb classroom training dah habis...lepas ni buat OJT pulak

Zaman sekarang ni bagi yang fresh grad tu, memang susah sangat nak dapatkan pekerjaan, lagi2 kebanyakan syarikat sekarang nak kan staff yang ada pengalaman kerja. Yang dah ada pengalaman kerja pun belum tentu lagi bole dapat panggilan interview (based on my case...hihi). Jadi memang aku galakkan sangat-sangat untuk korang yang baru lepas grad ni masuk program-program macam ni...lepas tu buat lah intern atau on the job training. Mana tau rezeki korang nanti akan diserap masuk lepas supervisor tu berpuas hati dengan kerja korang. Kita pun tak tau kan? Sebab ni pun dikira sebagai salah satu usaha korang nak dapatkan peluang pekerjaan. 

Kalau nak tau, training soft skills ni tak la susah atau rumit sangat. Cuma renyah sedikit (bagi aku la) sebab banyak sangat presentation, lepas tu akan ada exercise kena buat malam2 or mungkin kena prepare something untuk present dlm kelas training nanti. Tapi kebanyakannya akan dibuat di dalam berkumpulan. Tapi don't worry. Ambil ni sebagai salah satu cabaran untuk korang lebih maju di masa hadapan. 




15 comments:

  1. Assalamualaikum, saya nak tanya Petronas Gees ni ada interview tak sebelum dapat offer?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam. Firstly kena apply through Petronas Recruitment Website (Discover Petronas). Kalau ada opening dia akan advertise kat dalam website tu. Berkenaan interview memang betul ada, tapi secara phone interview sahaja dan interview nya tak susah pun. All the best.

      Delete
    2. Terima kasih kerana membalas pertanyaan saya.

      Delete
  2. Salam saudara,

    Boleh share list modul yg Petronas GEES provide? soft skill & etc..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam Dik..saya sebenarnya tak berapa nak ingat sangat sebab dah hampir 10 tahun yang lalu. Tapi modul dia lebih kepada communication, entreprenuership, public speaking, team work excellence, english at workplace dan lain-lain lagi. Memang sangat-sangat berguna khususnya buat adik-adik yang baru lepas graduate. selamat maju jaya.

      Delete
  3. Assalamualaikum,

    Baru-baru ini saya ada dapat tawaran untuk sertai GEES selama 1 tahun. Saya nak tanya pendapat rugi ke kalau saya tolak tawaran tersebut?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam dik, jika adik masih lagi tidak menerima tawaran pekerjaan di mana-mana tempat, boleh lah consider untuk terima tawaran GEES tersebut. Sebab zaman saya dulu, GEES ni dia tidak mengikat peserta. Jika dalam tempoh latihan adik dah dapat kerja lain, adik boleh saje beri notice 24 jam kepada koordinator GEES. Best of luck!

      Delete
    2. Siti yusnizah adakah awk menerima tawaran GEES itu sekarang? Sebab saya ada menerima panggilan dari PETRONAS dimaklumkan untuk menunggu surat tawaran bagi mengikuti program GEES. Saya nak bertanya berapa lama tempoh untuk kita terima surat tawaran setelah kita dimaklumkan dari panggilan telefon tersebut

      Delete
    3. bermula 13 october hingga 31 october

      Delete
  4. Assalamualaikum, nak tanya

    1. boleh ke kalau apply sebelum official bergraduasi ? sbb tengok syaratnya kena unemployed after 6 months graduation.

    2. kiranya GEES ni mcm latihan soft skills selama 14 hari, pastu masuk OJT di mana2 cawangan petronas ye ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam...

      1. Untuk program ni memang kena graduate dulu Ijazahnya baru boleh enrol sebab nanti bila nak mendaftar diri on the first day tu, dia minta juga sijil2 berkaitan. Tapi kalau grad tak cukup 6 months pun rasanya boleh je apply jika ada kekosongan.

      2. Ya betul, bila OJT nanti dia akan hantar ke mana-mana cawangan pejabat petronas / anak syarikat (utara, selatan, timur, barat atau di Sabah dan Sarawak pun ada juga).

      harap jawapan saya ni menjawab pertanyaan awak ya...selamat maju jaya.

      Delete
  5. Assalamualaikum, saya baru nak apply GEES, dan dlm website ni kene isi declaration form, security screening form dan assessment form. boleh saya tahu form ini nak cari dekat mane ye?. tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam. Maaf dik, diluar pengetahuan saya pula...zaman saya dulu tak ada pula kena download2 form ni. Wallahualam.

      Delete
  6. Salam bang, nak tanya. untuk apply GEES dekat website, Cover Letter tu wajib ke? atau boleh je kalau nak submit Resume tu je.

    ReplyDelete

Perjalanan dari SPM nak masuk Universiti: STPM, Diploma dengan Matrikulasi / Asasi. Mana Satu Nak Pilih?????

  Assalamualaikum wbt.  Adik-adik, abang-abang, kakak-kakak semua. Lama dah nampaknya tak menulis kat blog ni. Biasa la...keje kat office be...