Assalamualaikum.
Salam sejahtera semua..
Ok lah..memandangkan tak lama lagi ada budak-budak baru akan mendaftar kat universiti, abang Acap nak ceritakan sikit pengalaman masa belajar kt UiTM Seri Iskandar, Perak dulu, Sesi tahun 2005-2008 (hahaha super senior nih!!).
(sumber: google)
Masa lepas SPM, time dapat result, result SPM aku biasa-biasa je...memang tak cemerlang sangat pun. Masa lepas SPM time dapat result tu, mmg the lowest point of my life di mana aku rasa murung sebab tak dapat result yang bagus (sebab aku memang pemalas..haha!!). Tak lama lepas tu result untuk masuk matrikulasi pun keluar...and guess what??? aku tak berjaya untuk masuk ke program matrikulasi.
(gambar hiasan)
Aku memang frust gila time tu sebab kebanyakan kawan-kawan aku memang hampir semuanya dapat diterima masuk ke program matrikulasi. Oh ye, aku dulu merupakan bekas pelajar aliran sains tulen kat sekolah (Sek.Men.Keb.Engku Hussain, Semenyih).
Pada masa yang sama, aku memang ada memohon UPU and also, dapat diterima masuk ke Tingkatan 6, Sek.Men.Keb. Tinggi Kajang (Kajang High School). At first, aku decided untuk masuk je Form 6, memang dah pergi orientasi semua...tapi aku cuma pergi untuk dua (2) hari je. Kenapa? sebab aku rasa demotivated sangat...aku tengok kiri dan kanan aku...kawan-kawan aku semua dah tak ada sebab dorang dah masuk matriks...dan aku dah malas nak pakai baju sekolah...pagi-pagi kena berhimpun, kalau lambat nanti nama kena catat dengan pengawas sekolah. So aku decide untuk tak nak proceed dengan Tingkatan 6.
Hidup aku buntu sangat time tu sampai ayah aku cakap, kalau nak belajar kat kolej swasta pun bole, kena pergi carik and nanti boleh bincang dengan family. Tapi tulah, nak carik2 tu yang malas sebenarnya and tak lama lepas tu...result UPU pun keluar...
(gambar hiasan)
Jeng jeng jeng..."Tahniah anda diterima masuk ke UiTM jurusan (kod tak ingat la plak) Diploma Pengurusan dan Teknologi Pejabat". Ahh sudah...diploma ape plak ni...rasa macam tak ada apply kt dalam UPU. Tapi masa isik borang online hari tu aku memang ada tick untuk terima program yang lain yang UPU recommend kan.
Hati aku masa tu bercampur-baur nak pegi ke tak...nak pegi ke tak...sampai la aku bagitau mama aku yang aku dapat offer masuk UiTM..punyalah dia happy. Aku sendiri pun tak decide lagi nak pegi atau tak, tapi mama dah habis call semua sedara mara bagitau aku dapat masuk UiTM. Nampaknya..memang kena pegi la macam ni kan
Selang beberapa hari, aku pun dapat surat tawaran masuk universiti dari UiTM. dalam tu inform yang aku dapat kat kampus A, dan kena accept offer dalam masa 7 hari secara online kalau tak dikira menolak tawaran. Terkonteng-konteng aku dengan kakak aku pegi Cyber Cafe yang ada kat taman perumahan belakang (tak ingat nama taman perumahan tu, tapi dekat-dekat dengan Taman Kota Cheras) sebab kat rumah aku memang ada komputer, tapi komputer yang stand alone la, meaning no internet connection.
(sumber: google)
Check punya check, rupanya kampus A tu kat Seri Iskandar, Perak. Ya Allah punya la jauh kat Bota, Daerah Perak Tengah. Untuk makluman, aku memang tak pernah lagi belajar jauh-jauh, duduk asrama ke...memang tak pernah. Ni first time nak pegi belajar jauh (kat Perak je pun) tapi kira jauh la tu.
Bila tiba hari pendaftaran kat UiTM Seri Iskandar, perjalanan dari rumah (Cheras) menuju ke Bota, Perak mengambil masa lebih kurang 3 jam. Sepanjang perjalanan bila tiba kat Gopeng menuju ke Bota, aku rasa macam terkejut sebab kiri kanan semua padang jarak padang terkukur macam kawasan gurun pasir pun ada. Rupanya dulu kat kawasan daerah Perak Tengah tu kawasan melombong rasanya bijih timah la kot...sebab memang banyak kawasan-kawasan lombong tinggal kat kiri kanan jalan.
UiTM Seri Iskandar ni berhampiran dengan Bandar Universiti / Bandar Seri Iskandar. Budak-budak UiTM dulu akan panggil as Bandar U, Bota. Frankly speaking, in 2005, there was nothing there kecuali, beberapa kedai kecil...pasaraya adalah sebijik...kedai makan pun 1-2 je. Sampai je kat UiTM...terpegun kejap...sebab masa tu rasa bedebar-debar plak nk mendaftar masuk universiti. Memang ramai orang sampai nak parking kereta pun susah. Abah suruh aku dengan mama turun dulu pegi mendaftar sementara dia pegi carik parking.
(sumber: google)
Masa tu memang kelam kabut sikit. Yelah memang salah aku, dalam surat tawaran tu memang dia dah nyatakan semua siap dengan checklist pendaftaran skali. Tapi biasalah..dokumen semua aku tak susun siap-siap maka berlaku kekelamkabutan hidup pada masa tersebut. Mujur ada abang-abang dengan kakak-kakak OC (orientation committee) yang tunjukkan kat aku nak kena pegi kat kaunter mana dulu.
Pendaftaran makan masa yang lama jugak sebab zaman 2005 dulu banyak kena isik borang. Mungkin sekarang ni borang semua dah kena isik online kot. Bila sampai je part kaunter hostel, pegawai hostel tu bagitau aku dapat duduk dekat Blok Damar..tingkat atasssss skali (Oh my God...).
Selesai pendaftaran abang-abang OC semua tunjukkan kat aku, mama dengan abah...bas mana yang kami kena naik sebab kenderaan tak boleh pegi ke blok hostel time tu untuk mengurangkan kesesakan. So kami pun naik la bas UiTM menuju ke Blok Damar (siap bawak beg, baldi air, sabun segala bagai dalam bas tu) tapi aku tak de la ralat sangat sebab orang lain pun macam aku jugak hihihi.
Sampai je kat bilik tiba-tiba aku rasa happy. Kenapa happy?? sebab bilik aku bilik twin-sharing (2 orang sahaja)...dalam hati "Yes!!!!" Roomate aku masa tu belum mendaftar lagi...so beberapa minggu tu memang aku conquer bilik tu hahaha...Seriously, bilik memang cantik, besar, almari pun besar so aku memang happy dengan bilik aku. Mama dengan Abah pun rajin tolong aku kemaskan bilik tu...mama siap ajak aku dengan abah pegi kedai kat depan UiTM tu untuk beli penyapu dengan penyodok skali. Dah selesai beli abah tolong sapu-sapu bilik tu..mama pulak tolong-tolong lapkan dalam almari yang besar tu dengan lap tingkap skali. Dalam hati rasa sayu sangat, mungkin mama dengan abah nak aku betul-betul duduk kat bilik tu dalam keadaan yang selesa.
(blok damar, UiTM Seri Iskandar. Sumber: Google)
Bila mama dengan abah balik je, tiba-tiba hati rasa sayu plak nak kena tinggal sorang kat tempat ni and petang tu jugak, sesi orientasi bermula (Minggu Mesra Siswa - MMS) mungkin sekarang nama dia dah jadi nama lain.
Minggu Mesra Siswa ni duration dia 2 minggu and mujur aku bawak banyak baju sebab sejujurnya..sepanjang minggu orientasi ni memang tak sempat nak basuh baju sebab program start seawal 5 pagi...habis pukul 1 pagi kadang meleret sampai pukul 2 pagi. Tidur pun sempat berapa jam je. Tapi dalam minggu ni la siswa dan siswi akan diperkenalkan dengan UiTM.
UiTM Seri Iskandar, Perak memang besar. In fact, masa tu UiTM Seri Iskandar merupakan kampus UiTM kedua terbesar selepas UiTM Shah Alam. Sesi 2005 pada masa tu cuma ada program diploma sahaja kat UiTM Seri Iskandar. Bila aku dah masuk tahun akhir buat diploma, baru ada a few intake untuk budak-budak degree dekat UiTM Seri Iskandar.
Sejujurnya memang best belajar kat UiTM Seri Iskandar. Kenapa?? sebab:
1) Bilik besar dan selesa. Aku pernah duduk dekat Blok Damar, Blok Bakawali dengan Blok Dahlia sebab pihak Pengurusan Kolej Kediaman memang suka tukar kedudukan kolej kediaman lelaki dan perempuan masa tu bila masuk semester berikutnya.
2) Yuran memang murah masa tu. Aku cuma perlu bayar RM300++ untuk 1 semester (yuran hostel + makan di Dewan Makan dah siap-siap included kat dalam tu )
3) Environment kat dalam UiTM memang best, jarak fakulti aku (Fakulti Pengurusan dan Teknologi Pejabat) dengan kolej-kolej kediaman pun tak jauh.
4) Ada 2 jenis cafe yang famous (Uptown Cafe - kat sini nasik lemakbungkus dia sedap...petang-petang pun ada nasik lemak jugak dia jual, Downtown Cafe - kat sin bukak waktu malam, menu famous Char Kuey Teow)
5) Kat Bandar Universiti (lebih kurang 2km dari UiTM Seri Iskandar) ada stesen bas yang korang boleh beli tiket untuk balik ke KL dan tempat-tempat lain. Masa awal-awal aku masuk dulu stesen bas tu belum beroperasi, so kalau nak balik memang kena naik bas dari Bota ke Stesen Bas Medan Gopeng, Ipoh (1 jam perjalanan). bila dah nak dekat habis buat diploma baru stesen bas bandar U tu bukak.
Belajar kat Fakulti Pengurusan Dan Teknologi Pejabat pun best...sebab dia ada mixed of business studies + office administration. Tapi sekarang fakulti tu dah dibubarkan dan program diploma Pengurusan dan Teknologi Pejabat diletakkan di bawah Fakulti Pengurusan Perniagaan. Aku difahamkan sekarang kt UiTM Seri Iskandar, dah tak ada Fakulti Pengurusan Perniagaan sebab bangunan yang lama tu dah berada di bawah Fakulti Seni Bina, Perancangan & Ukur (FSPU).
Bandar Universiti, Seri Iskandar sekarang??? wow dah maju dikk.....aku pegi hari tu pun terkejut tengok...ada tesco (ke Giant?? tak ingat) ada bermacam-macam hotel...kedai makan bersepah-sepah..kedai lain pun bersepah-sepah jugak...which for me, adik-adik yang belajar kat situ sekarang memang beruntung.
(sumber: Google)
Kepada adik-adik baru yang nak masuk UiTM Seri Iskandar, abang Acap ucapkan selamat maju jaya ye sebab korang akan dapat macam-macam pengalaman menarik kat situ nanti. Kalau nak tau, kat UiTM ni jugak la aku buat pertama kali belajar betul-betul. Tiap-tiap semester dapat Anugerah Dekan (without fail) hahaha...Alhamdulillah rezki tuhan nak bagi. Sampai hari graduasi aku dianugerahkan dengan Anugerah Naib Canselor (dapat pakai selempang pink) yeay!!
(Graduasi Diploma kat UiTM Shah Alam dengan Anugerah Naib Canselor. Kawan aku Yazid (kiri) dan aku (kanan)
UiTM Seri Iskandar berhantu??? ermm...tak ada pun...sepanjang tiga tahun belajar kat situ...bermacam-macam kolej kediaman aku duduk, tak ada pulak kena ganggu dengan hantu. Tak tau la kenapa banyak cerita-cerita kat luar tu yang cakap UiTM Seri Iskandar berhantu. Celah manalah hantu nye tu keluar...
Ok tu sahaja untuk masa ni...diploma aku belajar kat UiTM, tapi degree aku sambung di UM. Next update aku akan cerita pasal pengalaman belajar di UM pulak . bye bye!
Nama aku Acap Aku akan kongsikan pengalaman hidup aku pada sesiapa yang nak amik tau.. Enjoy~~
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Perjalanan dari SPM nak masuk Universiti: STPM, Diploma dengan Matrikulasi / Asasi. Mana Satu Nak Pilih?????
Assalamualaikum wbt. Adik-adik, abang-abang, kakak-kakak semua. Lama dah nampaknya tak menulis kat blog ni. Biasa la...keje kat office be...
-
Assalamualaikum pembaca-pembaca semua 😄😄😄 First and foremost aku nak ucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada korang yang dah berkun...
-
Hello Assalamualaikum Terima kasih buat korang-korang semua yang sudi view dan baca content dan stories yang aku kongsikan kat dalam blog ni...
-
KL Convex - PM visited Petronas Baru-baru ni aku ada terbaca di akhbar The Star berkenaan penarafan "The Most Attractive Emp...
Saya baca untuk gambaran awal uitm sri iskandar. Anak sulung saya dapat tawaran di sana. Terima kasih asyraf.
ReplyDelete