Salam sejahtera.
Ok, kalau hari tu aku dah ceritakan pasal pengalaman aku belajar di UiTM Seri Iskandar, Perak untuk kursus Diploma Pengurusan & Teknologi Pejabat. Today aku akan ceritakan pulak pengalaman aku belajar di Universiti Malaya (UM).
Gambar Hiasan. Sumber: Google |
Here we go....semasa aku dalam semester akhir buat diploma kat UiTM, aku memang dah set siap-siap masa tu yang aku akan proceed untuk sambung buat degree pulak. Tapi aku tak pernah berhasrat untuk sambung degree dekat UiTM. Memang dah lama menjadi hasrat aku untuk belajar kat UM dari aku sekolah menengah lagi. Tapi time tu memang samar-samar sebab result pun so-so je kan (sebab memang pemalas kuasa 10 kat sekolah dulu).
Alhamdulillah rezki tuhan, result diploma aku agak memberansangkan and masa semester last tu memang ramai budak-budak yang same course dengan aku kat UiTM tengah berpusu-pusu untuk isi borang online untuk sambung degree kat UiTM.
Gambar Hiasan. Sumber: Google |
Untuk makluman, bagi budak-budak diploma UiTM nak sambung degree kt UiTM memang tak perlu isi online form UPU sebab UiTM ada online application dia sendiri untuk lepasan diploma UiTM and peluang untuk dapat masuk ke program degree memang sangat tinggi kerana tak perlu melepasi tapisan UPU. But, your diploma result mesti bagus, tak boleh suam-suam kuku, paras-paras hidung dan sebagainya.
Masa tu ada beberapa kawan-kawan diploma yang rapat dengan aku sibuk ajak isik borang online form ni. Tapi entah kenapa, aku buat tak tau je sebab memang dah set dalam kepala memang tak minat nak buat degree kat UiTM. Don't get me wrong, belajar kat UiTM memang best sebab UiTM memang khas untuk bumiputera. But you know what?? I need some fresh air, like seriously I need it so much.
Gambar Hiasan. Sumber: Google |
So aku buat keputusan drastik untuk tidak apply online application form degree UiTM and aku nak tunggu sampai permohonan UPU bagi lepasan STPM/Diploma setaraf dibuka pada tahun 2008. And to be frank, aku tak bagi tau sorang pun kawan-kawan aku yang aku tak apply UiTM tu kecuali sorang ni, Mazliana (Ana) yang jugak best student diploma untuk course aku. Atas advice dia, dia galakkan aku untuk apply UPU if not nanti kecewa pulak kalau tak try apply.
and so, aku pun apply UPU lepasan STPM/Diploma setaraf and attached segala mak nenek documents yang UPU mintak kecuali result akhir diploma aku. Aku tak bole bagi sebab baru lepas final exam and kena tunggu official result release baru aku bole upload time tu. Antara kursus yang aku mohon: business admin, accounting, economics etc. Universiti yang aku applied pun semua yang dekat-dekat dengan rumah sebab senang nak buat further arrangement. Kalau misal kaata tak dapat kolej kediaman, tak de la ralat sangat. Bole la aku ulang alik dari rumah ke kampus je.
Lepas apply UPU, macam-macam cerita plak aku dengar. Ada yang kata bahaya sebab tapisan UPU lagi ketat. Maksudnya dorang akan tapis and bagi peluang kepada orang yang betul-betul tak penah masuk U. Ada jugak yang cakap bahaya diploma apply UPU, peluang nak dapat masuk tu tipis sebab kuota untuk diploma ni sangat sikit. Entah ye entah tak...tapi dalam hati aku tiba-tiba rasa menyesal pulak tak apply yang UiTM punya.
Gambar Hiasan. Sumber: Google |
Tapi aku berpegang pada rezeki Allah S.W.T. kalau ada rezeki...maka adalah peluang tersebut untuk bertukar ke universiti lain untuk sambung degree. Sebab sebagai umat Islam, kita kne berusaha and isik borang UPU tu pun salah 1 dari usaha aku untuk sambung degree. Selebihnya terserah kepada takdir tuhan...Gitteww...
Nak dijadikan cerita, lepas aku habis je buat praktikal diploma (sem akhir), tiba-tiba aku dapat panggilan telefon dari Bahagian Penolong Timbalan Pendaftar, Fakulti Ekonomi & Pentadbiran UM. The person was calling me untuk mintak result akhir diploma aku. Tapi aku just cakap result tak keluar lagi. Sebab nervous sangat sampai aku terlupa plak nak tanya pegawai tu adakah aku dapat belajar kat situ.
Bangunan Pasca Siswazah, Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran, UM. Sumber: Google |
Selang beberapa minggu pegawai dari UM call lagi. Kali ni boss dia plak call tanya sama ada hari tu anak buah dia ada hubungi saya atau tak. Dalam hati aku masa tu...uishh aku dapat blaja kat Fakulti Ekonomi UM ke ni. Dalam dok sibuk-sibuk pegawai tu tanya result akhir aku yang masih tak keluar-keluar lagi, aku memberanikan diri untuk tanya balik dengan pegawai tu sama ada aku sebenarnya dapat belajar kat situ ke atau macam mana. "Ye dik. Nama awak dah disenarai pendek. UPU hantar nama awak ke pejabat Pendaftar UM sebagai 1st year student kat Fakulti Ekonomi. Tapi saya tak boleh nak proses sebab tak dapat result akhir awak".
Gambar Hiasan. Sumber: Google |
Fuhh dia cakap macam tu berderau darah beb...tak tau nak rasa happy ke...nak rasa gerun ke. Tapi pada masa yang sama memang berdebar-debar la jugak. Bila result akhir diploma keluar je aku terus rasa happy sangat bila tengok kat column bawah result tu: TAMAT DGN ANC (Anugerah Naib Canselor). Rasa macam berbaloi segala penat lelah usaha buat assignment sampai bergaduh-gaduh dengan teammates semua (sorry aku memang poyo sket), akhirnya dapat jugak dan aku trus email kepada pegawai tu result aku.
Bila result UPU keluar, memang aku tak terkejut. Sebab memang dah tau kan dapat kat mana. Cuma bila dapat surat tawaran UM aku pening kepala. Sebab dalam checklist pendaftaran tu UM nak transkrip rasmi diploma which aku tak ada sebab belum grad lagi diploma. Nasib baik la abah masa tu baik hati tolong hantarkan aku pegi UiTM Shah Alam untuk tanya kat Bahagian Hal Ehwal Akademik, dia kata boleh printkan transkrip rasmi. Tapi masalahnya kena tunggu 2 minggu la pulak. Aku tak banyak masa sebab kalau tunggu 2 minggu, masa tu dah memang kena daftar kat UM.
Gambar Hiasan. Sumber: Google |
So lepas seminggu lebih abah hantar aku semula kat UiTM Shah Alam. Aku cuba tanya-tanya kat kaunter tu semula sama ada transkrip aku dah siap ke belum. Ya Allah...mujur kakak kaunter tu cakap dah siap and masa dia pass kat aku transkrip tu memang aku cium-cium benda alah tu (sebab esoknya dah kena daftar masuk UM). Mujur sempat aku setelkan semua proses ni dengan bantuan abah (thank you abah!!)
Hari pendaftaran pun tiba. Tapi suasana perjalanan dari rumah ke UM tu...tak seperti suasana masa aku mula-mula dihantar oleh abah dengan mama kat UiTM Seri Iskandar dulu. 1 sebab 30 minit je perjalanan dah sampai UM dan mungkin sebab aku dah ada pengalaman belajar kt universiti. So dah boleh expect macam mana cara pembelajaran kat universiti.
Gambar Hiasan. Sumber: Google |
Sampai je pintu utama UM (pintu Lembah Pantai / Bangsar South), jalan menjadi jammed!! Orang berpusu-pusu nak masuk ke pintu pagar utama dan di hari pertama aku tak perlu mendaftar. Cuma terus menuju ke kolej kediaman kesembilan (Tun Syed Zahiruddin) dan daftar kolej dahulu. Hari berikutnya (masa sesi orientasi) baru akan buat pendaftaran.
Lepas dah mendaftar kolej, aku pun diberitahu aku duduk di blok bakawali (oh no aku dan bakawali berpisah tiada...kat UiTM dulu pun nama blok bakawali jugak). Sampai-sampai kat bilik (bilik bertiga) dah ada orang cop dulu katil single tu!! (dayum!!) tinggal la katil double decker yang tak ada orang duduk lagi (sebab roommate aku yang lagi 1 sampai lambat sikit).
Di UM, minggu orientasi ni dipanggil sebagai Minggu Haluan Siswa (MHS), sedikit berbeza masa aku di UiTM dulu dipanggil MMS. But, whatever the names is, it's not important because the objective of the programme adalah untuk mengenali UM. So masuk hari kedua baru proses pendaftaran bermula kat Dewan Tunku Canselor (DTC) and apa yang boleh aku katakan, pendaftaran kat UM ni lebih tersusun dan cepat berbanding pendaftaran aku kat UiTM dulu. Mungkin sebab aku dah siap-siap susun documents according to checklist yang UM bagi. And Pembantu Mahasiswa (PM) or some sort of orientation committee jugak la memang sangat-sangat membantu memantau proses pendaftaran kami yang junior masa tu sampai tolong check kan sorang-sorang punya susunan dokumen betul ke tak. Very efficient I must say.
Dewan Tunku Canselor, UM. Sumber: Google |
Wow...bila jejakkan kaki dekat UM, suasana sangat berbeza...aku bole jumpa multiracial and ethnicities yang belajar kat sini termasuk dengan foreigners. Memang betul-betul terbuka minda sebab kat UiTM Seri Iskandar dulu memang rata-rata orang Melayu je. Masa orientasi, di kiri dan kanan aku orang-orang Melayu (siap ada yang muka jawa totok) ber-sepeaking English..wow wow wow.
Gambar Hiasan. Sumber Google |
Ok, sebagai seorang undergraduate di Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran, UM, apa yang boleh korang expect?
1) Kena rajin belajar, rajin buat tutorial dan sebagainya. Kalau tak memang tertinggal dengan student yang lain.
2) Degree in Economics ni memang very super duper heavy dengan calculation. Pastikan korang ada kawan-kawan yang cerdas bab-bab matematik ni untuk membantu korang jugak dalam pembelajaran, assignments, study group, tutorial dan final exam.
3) Course ni jugak korang kena pandai melukis keluk-keluk ekonomi yang bersilang-silang tu. Pastikan korang praktis benda tu or else, time exam nanti memang susah sebab nak jawab soalan tak banyak masa (max exam duration: 2 hours only).
4) Kat Fakulti Ekonomi ada 2 jenis kelas, 1 kelas lecture (yang ramai-ramai duduk sekali dalam dewan kuliah dalam 100 orang macam tu), another 1 is kelas tutorial (15 - 20 orang students untuk 1 kelas). Make sure korang register kelas tutorial korang siap-siap takut clash nanti dengan subjek-subjek lain.
5) Lecturer UM memang super duper busy buat research. Kadang kalau pergi bilik memasing memanjang tak ada. pastikan anda buat appointment dulu or call or whatsApp untuk sesi konsultasi.
6) Jarak kolej kediaman dengan fakulti memang sangat jauh berbanding masa aku kat UiTM dulu. Tambah pulak UM memang banyak tangga...memang banyak bukit. So pastikan anda ke kelas pada waktu awal supaya korang sampai kat kelas nanti tak ada lah termengah-mengah macam aku.
Library UM. Sumber: Google |
Apa yang best belajar kat UM?
1) UM adalah universiti ranking no.1 kat Malaysia ni. even now pun macam tu. Kalau rasa-rasa korang memang nak menguji kepandaian korang maka anda dijemput hadir untuk belajar kat tempat ni (sebab aku memang pecah kepala masa belajar dulu...hahaha)
2) Facilities kat UM memang bagus...dari segi pembelajaran, aktiviti riadah (sebab aku dengar sekarang ada outdoor gym kat padang utama), aktiviti kolej & pelajar dan lain - lain.
3) Terletak di tengah-tengah pusat bandar. So nak mencari barang-barang keperluan tu memang not an issue sebab kedai dengan supermarket memang bersepah.
4) Outcampus student tak perlu risau sebab kat area-area UM memang sangat banyak rumah dan bilik sewa
Yang tak best? yelah nama pun universiti tertua kat Malaysia kan...so anda akan dapat lihat banyak bangunan-bangunan lama....sometimes ada jugak facilities yang uzur...macam kat dewan kuliah aku dulu tempat duduk tu cuma papan, so paku/skru kt tempat duduk tu selalu terangkat (seluar aku ada la 3 helai terkoyak sebab paku tu).
But overall memang best belajar kat sini. Oh ye, untuk korang stay dekat kolej, korang mesti aktif dengan aktiviti kolej. If not you can say bye bye to that kolej next semester. Macam aku...aku memang tak aktif kolej sebab kolej aku dulu (Tun Syed Zahiruddin) punya main focus is kebudayaan. Aku memang tak pandai hal ehwal kebudayaan ni. But not a problem to me sebab aku memang dah aim nak ulang alik dari rumah ke kampus.
Gambar-gambar aku grad kat UM. (^.^) |
Memang best masa zaman belajar dulu. Aku batch 2008-2011 so korang dah boleh agak betapa tuanya aku sekarang hahaha.
Sekian dulu dari aku...kalau ada apa-apa info nanti aku update. Chow chin chow!!
Kalau from asasi sains/kejuruteraan uitm nak apply untuk course acc/finance/economics boleh ke??
ReplyDeleteBoleh...saya ada kwn yg tukar bidang juga sama mcm awk...tpi apa2 pun upu ni smua bergantung pd rezeki masing2
Deletesalam.... Saya pelajar akhir tahun diploma in mechanical engineering kat UTeM . Ingin apply for degree mechanical engineering kat UM jugak..... sbb x dapat sangka result diploma saya ni memang bagus (3.98/4.00 CGPA) dan nak try new things.... Saya nak tanye sikit encik tentang
ReplyDelete1) ada possibility x dapat masuk UM ....
2) blh x sambung direct intake kat UTeM dlu dan apply UM at the same time... (sbb memang risau nanti x dapat UM plk...)
Thankyou so much !!I will appreciate your suggestion !!!!
Wassalam LukaChew...hi hi...
Delete1) Sebenarnya boleh je.. no problem.. tapi kena apply semula under UPU dibawah program Ijazah pertama lepasan Asasi / Matrikulasi / STPM / Diploma.
2) Nak apply dua-dua pun boleh, maksudnya boleh apply Utem dan juga UPU. Tak ada masalah. Tapi dua-dua ni akan apply secara berasingan di mana UPU biasanya kena beli No. Pin dekat Bank Simpanan Nasional. Zaman saya dulu tak ada lah mahal sangat.
Selamat maju jaya ya dik. Good luck!
Terima kasih !!!!!! Thankyou so much !
DeleteEventually you get in?
DeleteAssalammualaikum and hai. Nak tanya kalau dari Diploma UiTM nak ke Degree UM nanti boleh mintak credit transfer? ke untuk course yang sama atau kena bermula dari semester satu juga?
ReplyDeleteWaalaikumsalam Dik. kalau mohon kursus yang sama contoh adik ambil Dip Pengurusan Perniagaan, lps tu degree ambil pula Ijazah Pentadbiran Perniagaan, dibenarkan mohon credit transfer. Setahu saya dia akan mintak course outline utk smua kursus2 yang di mohon credit transfer utk committee tengok persamaan subjek atau topik2 dlm sesuatu silibus yang adik dh belajar dlu...kalau UM dulu dia nak 90% stiap subject diploma yg dimohon tu mesti sama silibus dia dgn subject fakulti yg nak di mohon credit transfer. If lesser than 90% memang rasanya dia akan reject. Wallahualam. Harap saya berjaya menjawab soalan awak ya.
DeleteAssalamualaikum, nak tanya, kalau kita diploma lain, mcm saya diploma Integrated Logistics Management. Tapi, degree nnti saya plan ambil accounting. Program logistic ni pun calculation punya program la jugak, cuma x tough mcm accounting. B4 this saya ada pengalaman study accounting (diploma), tapi sbb pointer makin drop, saya decide berhenti belajar, sbb time tu mmg mental dh down gila, kalau ikutkan hati boleh go lagi, tapi, haha, mentaliti mmg dh out. Logistik ni pun tangkap muat je, tak tau apa pun, main apply je, sbbnya nk ada kan diploma tu & degree nnti apply for accounting balik.
ReplyDeleteBayangkan, masa ambil accounting dulu, dh sampai semester 5 dh, nk dkt praktikal dh, tapi, sbb banyak paper fail, then kena repeat & lastly kena extend sem. Pedih Kaw2, haha. Tengok member lain baru habis praktikal, saya ni masih belajar. Fuh, mmg down gila time tu. Tapi, benda dah lepas, so, saya kongsi kan cerita je. Menyesal tu agak la jugak menyesal sbb Berenti, padahal boleh go lagi, tapi, tu la. Haha. Pertanyaan saya ada dkt atas tu, selebihnya, just cerita pengalaman je. Tq, that's all.
Waalaikumsalam Dik...abg harap adik tabah ya hadapi dugaan hidup...kadang2 Tuhan akan uji kita dengan kesusahan dlu sebelum dia bagi ganjaran kt kita...yang penting kne usaha, doa dan tawakkal.
DeleteMenjawab soalan adik, agak susah sebenarnya kalo seseorang tu dari diploma yg selain dari accounting, tiba2 mohon degree accounting. Daripada pengalaman abg masa study dlu...rata2 yang study degree accounting sememangnya ada dip. accounting / matriks perakaunan dan sebagainya. Rasionalnya adalah, belajar accounting ni dia bukan hanya calculation, tapi seseorang yang belajar accounting ni dia sebenarnya mendalami pembelajaran mengenai sistem perakaunan itu sendiri which requires someone yg ada fundamentals in accounting mesti sangat strong to dissect each transaction. Walaubagaimana pun, tidak salah untuk mencuba nasib. Abg ucapkan selamat maju jaya dan jangan cepat berputus asa ya dik!
Assalamualaikum nak tanya, dari diploma uitm ke degree um boleh transfer credit ke?
ReplyDeleteWaalaikumsalam Dik. Untuk menjawab soalan adik, jawapnnya adalah dulu dibolehkan. sekarang pun rasanya masih boleh lagi sbb kebanyakan universities globally pun masih lagi praktikkan benda ni. So it is possible dengan syarat course yg adik dapat tu adalah sama dengan apa yang adik belajar dlu. Contohnya, diploma in economics...adik sambung pula degree in economics. Tapi ingin abg tekankan kat sini, UM punya requirment utk perkara-perkara yang bersifat academic especially credit transfer ni sangat ketat di mana zaman abg dlu bagi setiap subjek yg nak dimohon credit tranfer perlu mempunyai 90% persamaan silibus. Nanti akan ada committee academik yang akan review permohonan adik. Abg ucapkan best of luck ya.
Deleteasslam bang ... saya spm thun ni ..saya berminat dengan kos ekonomi pentadbiran ni kan.. mula ii lepas spm sya perlu mohon ke mana..dan dlm ekonomi pentadbiran ni kerja apa sbenarnya di tawarkan
ReplyDeleteAssalamualaikum Dik, syabas diucapkan kerana berminat untuk mendalami pengajian ilmu ekonomi. Untuk menjawab soalan adik sebenarnya bagi lepasan SPM untuk pergi ke jurusan ijazah Ekonomi kerana melalui sama ada matrikulasi / diploma / STPM / Asasi atau yang setaraf dengannya. Tapi kalo adik nak cepat, abang sarankan adik mohon matrikulasi perakaunan ataupun ambil STPM dulu jurusan Perniagaan dan Ekonomi. Bidang pekerjaan ekonomi ni memang meluas meliputi kerja-kerja sebagai researcher, analyst, banking sector dan corporate planning. Tapi kebanyakan graduan yang belajar ekonomi ni selalunya aim untuk kerja dengan bank negara malaysia tak pun jadi pensyarah. Apa-apa pun all the best to you dik.. selamat maju jaya ya!
Deleteasslam bang ... saya spm thun ni ..saya berminat dengan kos ekonomi pentadbiran ni kan.. mula ii lepas spm sya perlu mohon ke mana..dan dlm ekonomi pentadbiran ni kerja apa sbenarnya di tawarkan
ReplyDeleteAssalamualaikum Dik, syabas diucapkan kerana berminat untuk mendalami pengajian ilmu ekonomi. Untuk menjawab soalan adik sebenarnya bagi lepasan SPM untuk pergi ke jurusan ijazah Ekonomi kerana melalui sama ada matrikulasi / diploma / STPM / Asasi atau yang setaraf dengannya. Tapi kalo adik nak cepat, abang sarankan adik mohon matrikulasi perakaunan ataupun ambil STPM dulu jurusan Perniagaan dan Ekonomi. Bidang pekerjaan ekonomi ni memang meluas meliputi kerja-kerja sebagai researcher, analyst, banking sector dan corporate planning. Tapi kebanyakan graduan yang belajar ekonomi ni selalunya aim untuk kerja dengan bank negara malaysia tak pun jadi pensyarah. Apa-apa pun all the best to you dik.. selamat maju jaya ya!
Deletehi bang...umur saya 23 tahun lepasan diploma perakauanan so boleh mohon ke untuk degree di um untuk accounting? syarat kursus semua saya memenuhi tapi takut tak dapat sebab faktor umur...
ReplyDeleteHi dik...setahu saya tak ada had umur untuk kemasukkan ke mana2 IPTA kalau tak silap. Adik boleh cuba apply. Tapi rezeki semua ketentuan Tuhan. Yang penting adik kena cuba berusaha utk apply. Mana tau rezeki adik ke dpt sambung Bachelor of Accounting di UM
DeleteAssalammualaikum bang, saya harap abang boleh lah bagi sedikit nasihat atau apa jua. Saya ditawarkan kursus penerapan Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Korporat, hati saya berbelah bahagi sama ada ingin pergi atau tidak kerana sejujurnya saya sangat meminati kursus International and Strategic Studies di UM. Saya terfikir untuk reject penerapan dan tunggu tahun hadapan untuk intake UPU tapi saya takut tidak dapat dan apa nasib yang akan saya tempuhi memandangkan ketika itu umur saya bakal mencecah 23 tahun pada 2022.
ReplyDeleteSaya buntu bang, saya dalam dilemma yang teramat saya takut penerapan saya tak boleh buat sehabis baik tetapi saya juga ingin mencuba kerana ini juga course yang bukanlah saya terlalu minati seperti course di UM. Parents samgat supportive dan menyokong segala hasrat saya. Pernah terfikir penerapan ni dah dapat peluang dtg sekali tetapi saya dari dulu impikan UM dan mmg impikan International and Strategic Studies tapi results akhir diploma saya hanyalah cgpa: 3.37 tetapi saya melepasi semua requirement yang diperlukan saya cuma takut jika saya apply saya takdapat😩 mohon bantuan saya sangat diambang berbelah bahagi
Dan boleh ke jika saya masuk penerapan dahulu dan dalam masa yang sama apply untuk UPU? Terima kasih.
DeleteWaalaikumsalam Dik...first and foremost abg ucapkan tahniah pada adik sbb berjaya mendapatkan peluang utk study di UM. Abg cadangkan agar adik accept dulu offer yg adik dapat sbb it's not easy utk dapat offer mcm ni. Sebenarnya masa zaman abg study dulu UM ada 1 polisi untuk membolehkan pelajar untuk bertukar ke course yg lain tapi selepas setahun pengajian di UM. Abg ada juga kenal kawan2 yg bertukar course belajar ni selepas setahun dan alhamdulillah masing2 semua berjaya dalam pertukaran tersebut. Abg tak pasti adakah polisi tu masih ada lagi pada 2020 ni. Tapi abg suggest untuk adik rujuk pada seksyen kemasukan dan rekod UM untuk bantuan selanjutnya. Pejabat kemasukan dan rekod tu terletak di bangunan peperiksaan UM berdekatan dengan laluan ke Fakulti Perubatan UM. Soal umur tak perlu adik risau..zaman abg belajar dulu ada beberapa pelajar yg dah berumur 30an turut menyambung ke peringkat ijazah pertama sbb selepas grad diploma mereka berkerja dahulu. Pesan abg adik cuba mendalami kursus penerapan dulu sbb kdg kita tak tau apa yg terbaik utk kita dan mungkin adik bole timbul minat masa tu dgn kursus tersebut. Allah swt adalah sebaik2 perancang. Wallahualam.
DeleteAssalamualaikum bang,saya nak tanya,saya dari diploma pengurusan maklumat kalau nak apply bachelor international and strategic studies rasanya pihak UM terima tak sebab diploma tak related pun dgn course IR tu😅
ReplyDelete*diploma dari uitm
DeleteWaalaikumsalam dik...boleh cuba apply..sapa tau rezki adik dapat ke nanti...aminn
DeleteSalam bang saya sedang mnjalani diploma business study di uitm.. dan berhasrat utk mnymbung degree ekonomi di um.. soalan saya berapa pointer cgpa yg selamat utk msuk um.. dan boleh ke student yg sedang menjalani pengajian degree di uitm memohon upu
ReplyDeleteWaalaikumsalam Dik. Adik boleh mohon upu jika dah masuk final semester untuk diploma. Kalau dulu syarat minima pointer adalah 3.0 untuk apply di UM. Tapi disebabkan persaingan untuk mendapatkan tempat tu agak sengit sebenarnya, jadi, lagi tinggi pointer adik dapat, lagi ti ggilah peluangnya. Also, sekarang dah kena interview untuk masuk program ijazah pertama. Best of luck!
DeleteAssalamualaikum bang.. Saya nak tanya, saya sekarang berada di tahun akhir diploma in Business studies. Dan saya berhasrat nak sambung degree finance di UM. Bagimanakah untuk saya nak apply degree di UM dan jika saya mohon degree penerapan adakah saya masih berpeluang untuk mohon degree di UM kerana tarikh tutup penerapan degree UiTM adalah pada 2 December 2020. Mohon pencerahan
ReplyDeleteWaalaikumsalam Dik...boleh je adik apply dua-dua sekali. Sama ada dapat atau tak bergantung pada rezeki adik. Since UM sekarang dah ada autonomi untuk recruit students sendiri, saya tak pasti masih perlu apply melalui UPU atau kena melalui website UM. Ura-ura yang saya dengar kena apply terus ke UM melalui website. Wallahualam.
DeleteAsslm..saya nk tnye..kalau tamat diploma pengajian islam..permohonan untuk sambung degree ke fakukti pengajian islam mencabar tak??? Mcm perlu temuduga ke ?
ReplyDeleteWaalaikumsalam dik. Saya rasa sekarang hampir semua kursus ijazah pertama yg ditawarkan kt UM kena melalui sesi temuduga. Saya tak pasti specifically kalau mengaji kt Akademi Pengajian Islam (API) perlu ditemuduga atau tak. Dulu saya ada juga beberapa kenalan yg mengaji di API. Mencabar atau tak tu bergantung pada pandangan masing-masing tapi yg pasti saya pernah diberitahu yg lecturers API semuanya friendly :)
Deletesalam tuan, ni saye punye pengenalan la
ReplyDelete-saye graduan Bachelor Of Compuetr Science dari UiTM.
-ade pengalaman kerja 6 tahun,
kalau saye nak ambil second degree dalam Bachelor of Economic dekat UM, ade pape yg saye kene prepare tak?
maaf bertanye
Waalaikumsalam kembali tuan. Sebenarnya ilmu ekonomi yg diajar di universiti ni pada saya lebih kpd teori. Degree in economics ni dia sangat heavy kepada pengiraan. Jadi sekiranya tuan sangat berminat pada subjek calculus dan statistics...sangat digalakkan untuk ambil. Cuma kena ada persiapan dari segi mental dan fizikal jika dipanggil utk hadir temuduga nanti.All the best! :)
ReplyDeleteassalamualikum saya dari diploma uthm civil engineering kalau nak sambung degree civil engineering kat UM boleh ker and ada credit transfer tak kalau ada degree akan ambik masa berapa lama .
ReplyDeletewaalaikumsalam dik. Zaman saya study dulu memang ada credit transfer ni dan dibolehkan. Tapi saya tak pasti rules and regulation UM untuk tahun semasa ni bagaimana. Adik boleh refer pada Pejabat Am fakulti berkenaan kerana setiap fakulti ada requirements yang berbeza-beza untuk credit transfer.
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteAssalamualaikum bang, nak tanya dua soalan.Saya ambil diploma microbiology (mainly bio, chemistry takde langsung physics), kalau saya nak tukar ke degree medical imaging/medical physics, agak2nya boleh ke? SPM memang saya ada physics. Lagi satu kalau CGPA 3.7+ rasanya layak je kan untuk mohon research university?
ReplyDeleteWaalaikumsalam Dik...perkara pokok yang adik kena tahu untuk pertukaran program di universiti selalu dia akan tengok minimum requirement based on keputusan peperiksaan / result adik dan juga banyak bergantung kepada kuota kekosongan yang ada untuk pengambilan untuk sesuatu program tu..All the best dik
DeleteSalam bang nak tanya kalau ambil degree in econs then nk jd cg STPM mcm mne flow dia ye?
ReplyDeleteWaalaikumsalam dik...rasa kalau nak jadi cikgu adik kena mohon untuk masuk maktab perguruan atau enrol dlm course ijazah perguruan sbg contoh adik boleh apply program-program dkt Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). It's hard to say utk zaman sekarang ni mcm mana flow dia kalau ambilan guru untuk lepasan ijazah (tanpa melalui maktab perguruan / UPSI) sebab saya dengar ambilan untuk KPLI (kursus perguruan lepasan ijazah) pun dah jarang dibuka sekarang ni. All the best dik.
DeleteAssalamualaikum, saya dari asasi sains. Skrg asasi nak habis dah. Saya plan nak sambung degree bahasa & linguistik jerman. Ada tak kawan2 abang ke yg blajar kos ni ? If ada boleh tak saya nak tau..kos ni just basically blajar bahasa jerman shaja? Or akan belajar sejarah2 jerman sekali? And betul ke kos ni tk ramai org amik?
ReplyDeleteWaalaikumsalam..maaf dik, saya tak ada pengetahuan pula mengenai perkara ini dan tak ada pula kenalan rapat yang ambil kursus yg serupa.
DeleteAssalamualaikum, saya dari asasi sains. Skrg asasi nak habis dah. Saya plan nak sambung degree bahasa & linguistik jerman. Ada tak kawan2 abang ke yg blajar kos ni ? If ada boleh tak saya nak tau..kos ni just basically blajar bahasa jerman shaja? Or akan belajar sejarah2 jerman sekali? And betul ke kos ni tk ramai org amik?
ReplyDeleteAssalam bang, saya ni final year student. Kalau saya berhasrat nak sambung degree di UM, boleh ke saya apply sekarang? Ataupun saya perlu tunggu habis sem akhir ni dulu. Mohon pencerahan. Thank you
ReplyDeleteWaalaikumsalam. Rasa saya boleh sebab saya pun macam tu juga dulu. Apa-apa pun kena tengok pada syarat-syarat kemasukan ke UM dulu. Sebab sekarang kena apply ke UM terus tanpa melalui UPU. Wallahualam
DeleteAssalam bang, saya ni final year student. Kalau saya berhasrat nak sambung degree di UM, boleh ke saya apply sekarang? Ataupun saya perlu tunggu habis sem akhir ni dulu. Mohon pencerahan. Thank you
ReplyDeleteAssalamualaikum, saya student tahun akhir diploma in business but under kolej vokasional...selepas habis praktikal saya berhasrat nk further study dlm bidang finance di UM...it's possible for me untuk masuk UM dengan sijil diploma KV? Or I should take MUET?
ReplyDeleteWaalaikumsalam Dik, first and foremost adik kena semak dulu syarat-syarat kemasukan sebab setiap fakulti/program ada syarat-syarat/pra-syarat yang berbeza. Rasanya di website fakulti juga ada memaklumkan perkara ni kalau tak silap saya. Berkenaan MUET tu seeloknya adik ambil siap-siap dan dapatkan minimum requirement untuk band MUET yang ditetapkan oleh pihak uni untuk menguatkan lagi permohonan adik. Best of luck!
DeleteAssalamualaikum.sye pelajar spm Thun ni,adlah juga minat dengan Kos ekonomi pentadbiran Ni..andai kata sye nak ambik diploma je dlm bidang Ni, agak ii banyak Tak prkerjaan yang sesuai..apa je erk kerjaya dlm bidang Ni..hehe
ReplyDeleteWaalaikumsalam Dik, sejujurnya saya tak pasti ada atau tidak diploma dalam bidang Ekonomi & Pentadbiran sebab saya tak pernah dengar pula sebelum ni. Yang ada pernah saya dengar adalah Diploma dalam Ekonomi Islam. Antara pekerjaan sektor kerajaan mungkin adik boleh explore kerjaya sebagai pembantu pegawai ekonomi, pembantu pegawai hasil (lembaga hasil dalam negeri - LHDN), bank negara dan sebagainya. Banyak juga cabang perkerjaan dalam bidang ekonomi & pentadbiran ni. Wallahualam.
Deletesalam , ade membe amek kos pengajian islam tak ? nak tahu lagi detail pasal kos tu , sbb sy apply asasi untuk tahun ni
ReplyDeleteAssalamualaikum. Sye pelajar lepasan spm tahun ni. nak tnya ramai x lepasan stpm(yang cemerlang) dapat masuk UM? Sebab saya ingat nak study f6 instead of matrik(addmath saya lulus paras hidung je,lepas matrik but yg 4sem punya hm). Tggi ke possibility diterima UM bagi lepasan stpm? ") Mak saya nak sgt saya belajar kat Universiti Malaya. Thank u in advance✨")
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
DeleteWaalaikumussalam, saya cuba bantu untuk jawab ye, saya student UM tahun akhir dan saya lepasan STPM, so far alhamdulillah ramai kawan² lepasan STPM dapat masuk UM dalam pelbagai kos dan fakulti. Terutamanya kalau awak aliran sosial sains mase form 6, dan boleh dapat pointer yang tinggi lagi cerah untuk masuk UM, btw saya dah classmate sama² dapat masuk UM dalam kos yang sama!
DeleteSalam bang,Macam Saya dari stpm amik perniagaan kalau possibility untuk UM terima Macam Mana ya
ReplyDeleteSemakin tinggi pointer awak dapat semakin cerah peluang nak dapat masuk UM, ramai kawan² saya yang cemerlang di STPM dapat sambung UM esp dalam pelbagai fakulti seperti Fakulti Ekonomi, Fakulti Sastera & Sains Sosial, Fakulti Bahasa & Linguistik, Akademi Pengajian Melayus dan lain² lagi semoga awak ada rezeki untuk masuk UM !
DeleteAssalamualaikum bang saya nak tanya saya dapat cgpa 3.11 untuk kos diploma pengurusan di umcced. Boleh ke saya nak sambung belajar dekat um and course yang saya berminat ialah kaunseling. Lepas ke?
ReplyDeleteJika awak sambung kursus ijazah yang berbeza dengan kursus diploma awak pastikan awak dah semak syarat² kelayakan tersebut, sekiranya awak layak then boleh buat permohonan, mana tau ada rezeki dapat sambung dalam kos tersebut, dan tak silap saya 3.00 ke atas layak untuk memohon di UM. Goodluck !
ReplyDeleteAssalamulaiakum. Saya tgh 3rd sem diploma tourism kat uitm. Saya berminat nak sambung degree in international relations & strategic studies kat UM. Kalau tgk kat website nya, dia mcm xde ckp pun perlu diploma dr program yang tertentu, cuma perlu minimum 3.0 and MUET band 3 and above. Kalau saya dpt pointer around 3.3 ke 3.4, lepas tak nak masuk dan belajar kat UM? terima kasih byk2 bang. Harap dpt membantu, my dream uni UM ni
ReplyDeleteHi nak bertanya, calon lepasan diploma yang tak ada peluang nak sambung belajar, perlu pengalaman kerja berapa tahun untuk mohon degree sepenuh masa di UM?
ReplyDeleteMenarik artikel dikongsi..btw sis merupakan RA atau pembantu kajian.Jika ada perlukan bantuan utk penulisan jurnal/mencari jurnal,thesis writing SPSS dan sebagainya juga menulis untuk buku dan novel bolehla hubungi sis 0166371460.Mana tahu nak upah kan..boleh berbincang nt.(utk finance dan akaun pun bleh ambil )
ReplyDelete