Tuesday, March 16, 2021

Pengalaman Dapat Anugerah Dekan & Anugerah Naib Canselor Di UiTM

 Assalamualaikum pembaca-pembaca semua πŸ˜„πŸ˜„πŸ˜„

First and foremost aku nak ucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada korang yang dah berkunjung ke blog yang tak seberapa ni. Walaupun dah lama jugak ya aku tak upload apa-apa posting kat blog ni disebabkan kesibukan kerja yang tak habis-habis kat office ni. Nak menaip pun kena ada motivasi dan inspirasi jugak. Kalau tak nanti boleh jadi "writer's block". Tapi sebabkan Google yang selalu hantar statistics bilangan viewers blog ni dah naik beribu-ribu tiba-tiba rasa bersemangat balik nak buat entry baru utk posting kali ni dengan hati yang penuh berbunga-bunga (...gittuh) πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†

Sijil Anugerah Naib Canselor aku..masa ni zaman Prof Dato' Dr Ibrahim Abu Shah jadi Naib Canselor UiTM


OK, dalam entri kali ni, aku nak cerita pasal pengalaman aku dapat Anugerah Dekan masa sambung belajar kat UiTM dulu.

Sebenarnya kalau sambung belajar dekat universiti, tak kira la kat dalam atau luar negara sekalipun, mesti korang penah dengar pasal Anugerah Dekan, Anugerah Naib Canselor, Anugerah Pelajaran Diraja, pingat itu dan pingat ini dan macam-macam lagi panggilan (Anugerah Dekan /Anugerah Sijil Dekan = Dean's List dalam bahasa Inggeris). Bergantung kepada setiap universiti, kadang ada bermacam-macam jenis anugerah dengan nama-nama yang berlainan.


Masa aku kat UiTM dulu, sememangnya hala tuju kehidupan yang penuh dengan pancaroba masa ni masih tak nampak-nampak lagi. Masa tu kalau korang tanya kat aku nak jadi apa, confirm tak dapat nak jawab. Aku masa muda-mudi dulu lebih suka ikut flow...apa yang ada dan nak jadi kat depan tu aku tadah je...sememangnya malas nak plan-plan sangat ni. Selalu plan last-last jadi lain jugak.

Jam dengan Jie πŸ˜„πŸ˜„πŸ˜„


Mula-mula masa aku belajar Diploma kat UiTM Sri Iskandar dulu, aku masuk kat tempat tu dengan rasa penuh sedar diri. SPM dulu pun biasa-biasa je, nak kata cemerlang tu memang jauh panggang dari api. So bila dapat offer untuk sambung belajar kat UiTM memang aku tak meletakkan harapan yang tinggi. Just harap dah habis ni...mungkin sambung degree, lepas tu apply la keje office kat mana-mana. 

Bila ada briefing kat fakulti masa mula-mula orientasi dulu, ada satu benda yang menarik perhatian aku bila koordinator program tu buat penerangan pasal Anugerah Dekan dengan Anugerah Naib Canselor. Anugerah di diberikan pada students yang dapat prestasi bagus. Untuk diploma UiTM kena dapat pointer GPA sekurang-kurangnya 3.50 ke atas. 

Petikan Surat Khabar Kosmo! πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†

Petikan surat khabar Harian Metro: nampak plak bayang-bayang tangan aku kat situ 


Kalau tanya aku, CGPA / GPA / Pointer tu apa semua memang aku clueless time tu. Nak kira pointer tu macam mana pun aku sendiri pun tak tau. Tapi dalam hati macam terdetik jugak, bestnya kalau dapat anugerah-anugerah macam ni (padahal dalam hati ingat la kot-kot dapat duit / token sekali ke kan) πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜… padahal mano nak ado!

So aku pun tak de la berangan sangat, memang aku belajar je macam biasa. Aku jenis yang tak berapa suka nak study baca-baca buku ni. Kalau cepat sangat baca nanti aku cepat lupa. Tapi apa yang aku terapkan, masa belajar dalam kelas tu, aku memang concentrate apa yang lecturer ajar dan kena tau apa keyword-keyword bila nak menjawab soalan peperiksaan. Dan yang paling penting, anda kena rajin-rajin berkawan dengan kawan-kawan yang suka buat nota / mind maps (aku sendiri nak buat tak kreatif sangat). Kalau student perempuan selalu memang jenis suka buat nota / mind maps ni...kadang-kadang berwarna-warni...I was like...MasyaAllah, cantiknya nota ni dan senang nak faham. Confirm aku akan amik photostat bawak balik baca (of course bila dah fotostat jadi hitam putih la kan...hahaha). Antara pembekal setia nota-nota mind maps yang colourful ni semua yang aku ingat adalah sahabat aku Akish dengan Cik Nad dengan siapa tah sorang lagi, Pija ke ape tah nama dia (macam tu lah lebih kurang). So itulah antara cara aku study masa tu.

Bergambar dengan OM Boyz...ni smua satu fakulti dulu

First examination untuk semester pertama memang rasa nervous (sebenarnya tiap kali exam pun nervous). Aku pun tak tau la kenapa nervous dan gelabah sangat. Mungkin masa tu dalam kepala aku set kan yang aku bukan lagi exam macam kat sekolah rendah / sekolah menengah. Pada masa dan ketika itu aku pikirkan yang aku sedang exam universiti so mungkinkah soalan-soalan dia semua tahap dewa dewi dan tak terjangkau dek akal (macam tu la lebih kurang aku fikir). Lagi plak masa first time exam tu, slip peperiksaan aku lupa nak bawak (Aiyooo.....). Kau bayangkan dik, time tengah bulan puasa, exam dah start masa tu, aku terpaksa berlari marathon dari dewan peperiksaan ke hostel (yang boleh tahan jauh jugak) dengan hostel tu empat tingkat dik, bilik kau lah yang paling atas sekali (kah kah kah...memang nazak dik! mintak nyawa!). 

Bila sampai je kat dewan peperiksaan, ada la sorang invigilator yang dok tersadai kat pintu dewan menegur aku yang dah separuh semput berlari tadi. "Ya Allah, awak ni kenapa dik? termengah-mengah ni" aku pun dalam keadaan macam tu memang tak boleh nak describe macam mana perasaan first exam kat universiti dengan keadaan diri yang haywire masa tu. Tapi invigilator tu memang baik la...dia tolong bawakkan aku pegi kat tempat aku. Aku ingat lagi, kawan-kawan course aku semua macam terpinga-pinga tengok aku masa tu. 

bila aku duduk je dekat kerusi masa tu....otak aku blank kejap..aku rasa ada la dalam 5 minit macam tu aku termenung kejap. Soalan exam pun aku tak bukak. Dalam kepenatan tu aku terpikir, kalau tak dapat jawab soalan exam ni ape la nak jadi kat aku nanti. Orang lain smua dah separuh jalan buat soalan exam aku baru nak start. Tapi tulah...alhamdulillah, bila bukak je buku soalan, Allah permudahkan segalanya. Satu kelebihan aku yang diberikan oleh Allah SWT, aku seorang yang ada kemahiran untuk visualize. Sebagai contoh, aku kadang-kadang bole visualize buku yang aku baca dalam kepala, dengan gambar apa, warna apa yang ada kat dalam buku tu, muka surat berapa, apa keyword-keyword kat dalam buku tu. Pendek kata, kalau buku tu lagi banyak warna dan gambar, lagi senang aku nak ingat. So setiap kali aku baca soalan, pada masa yang sama aku macam boleh selak dalam kepala aku kat muka surat berapa kat dalam buku teks yang ada menerangkan soalan tu. 

My bestfriends, Shida & Ana. Geng-geng selalu buat assignment sama-sama


Bila minggu peperiksaan dah selesai, semua students akan balik ke rumah masing-masing dan tunggu result exam untuk keluar. Seriously masa tu rasa agak berdebar jugak sebab first time amik exam kat universiti, so memang tak dapat nak jangka apa outcome dia. Bila result dah keluar je (which masa tu kena menapak kat cyber cafe sebab result semua keluar online), rasa macam goyang kepala lutut. Bila check je, result keluar GPA 3.65. Aku macam blurr sebab memang tak berapa faham sangat dengan sistem pointer pada masa tu, aku sendiri tak tahu ok ke tak pointer tu tapi sebab nak bagi sedapkan hati, aku cakap better la dari dapat 0.00 (gittuh). Tapi bila baca balik kat bahagian bawah, keputusan exam = AD (Anugerah Dekan). Tiba-tiba rasa macam........macam mimpi pulak. Macam....betul ke tak ni kan...


Thank you Mama dengan Abah yang selalu doakan kejayaan Angah! 😊😊😊 



Tapi memang lepas dari first result yang aku dapat masa belajar kat UiTM dulu, dia memang sangat banyak mengubah persepsi aku, cara aku berfikir, keazaman aku untuk belajar , set aim, target semua dan secara automatik, aku terus tak terfikir dah nak tukar program (mula-mula masuk dulu memang kerap terfikir nak tukar program). Usually, bila dapat Anugerah Dekan, nama anda akan ditampal dekat notice board kat bahagian foyer fakulti. Aku memang jarang dapat anugerah-anugerah macam ni masa belajar dekat sekolah dulu. Jadi bila first time dapat, rasa macam nak kena dapatkan Anugerah Dekan ni tiap-tiap sem (kalau boleh).

Lagi plak dengar cerita daripada lecturer, kalau berjaya maintain Anugerah Dekan setiap semester, nanti masa konvokesyen dapat pakai selendang pink and dapat Anugerah Naib Canselor. Memang sangat berkobar-kobar masa tu. Padahal sebelum ni kat sekolah, tak de pulak rasa berlumba-lumba nak jadi pelajar terbaik ke ape ke...just go with the flow. 

Tapi sejujurnya, bagi aku nak dapatkan Anugerah Dekan tu, kalau betul-betul berusaha, insyaAllah boleh dapat. Cuma yang susahnya bila nak maintainkan setiap semester. Tu lah perkara yang betul-betul mencabar aku. Aku tak boleh nak fikir ape yang akan terjadi kat aku kalau ada semester yang aku tak dapat. Mesti frust.

Tapi alhamdulillah. Percayalah, kalau kita betul tanamkan azam untuk dapatkan apa yang kita nak, terus menerus berusaha, InsyaAllah Allah SWT akan bagi ganjaran kat kita. Selepas berhempas pulas mengaji selama 3 tahun kt UiTM dengan bermacam-macam jenis dugaan hidup, akhirnya aku berjaya maintainkan untuk dapat Anugerah Dekan setiap sem, dan finally dianugerahkan dengan Anugerah Naib Canselor (ANC) masa tu (yeayy...dapat pakai selendang pink!) Kepada adik-adik semua, belajar la rajin-rajin ye. Jangan cepat putus asa. Kita tak berjaya kat sekolah, tak bermaksud kat tempat lain pun kita tak boleh berjaya. Macam mana saya tahu? sebab saya dulu pun macam anda juga. 

sebelah kiri tu Yazid...room mate zaman UiTM dulu


The torn among roses...haa gittew..sorry sebab kiri kanan semua wanita, sebab aku sorang je lelaki yang dapat Anugerah Naib Canselor masa tu untuk course aku


bersama dengan Dayah Ghazali (kawan-kawan course aku dulu ada 2-3 orang jugak nama Dayah)


Bersama dengan Ain. Sememangnya tak pernah 1 kelas dengan Ain ni. Tapi kami memang selalu la terserempak kat fakulti dulu



No comments:

Post a Comment

Perjalanan dari SPM nak masuk Universiti: STPM, Diploma dengan Matrikulasi / Asasi. Mana Satu Nak Pilih?????

  Assalamualaikum wbt.  Adik-adik, abang-abang, kakak-kakak semua. Lama dah nampaknya tak menulis kat blog ni. Biasa la...keje kat office be...