nampaknya ramai yang view post aku pasal belajar kat Universiti Malaya ni.
Tak sangka ramai juga adik-adik yang nak belajar di sini ya...
Aku ucapkan selamat maju jaya ya...yang penting usaha, doa dan tawakkal.
Sama ada dapat atau tak dapat tu adalah perkara kedua dan always remember perancangan Allah S.w.t tu adalah sebaik-baiknya untuk kita. Jadi walau ape pun keputusan kita dapat untuk belajar kata mana, terimalah dengan hati yang terbuka.
Next update? korang nk story pasal ape? ada cadangan? Aku ada a few :-
1) Story pasal belajar di Universiti Malaya (part 2)
2) Petronas' Structured Interview
3) Pengalaman aku semasa Kursus Petronas Induction Programme for New Executives (PIPE 94)
Cuba komen sikit..hehe :P
Terima Kasih Tuan kerana membalas pertanyaan saya di entri Tuan sebelum ini. Saya telahpun memohon Program Petronas GEES ini dan sekarang masih menunggu keputusan sama ada diterima ataupun tidak. Oleh itu, untuk entri Tuan yg ini saya berminat untuk mengetahui 2)Petronas' Structured Interview dan 3)Pengalaman aku semasa Kursus Petronas Induction Programme for New Executives (PIPE 94). Jika Tuan tidak keberatan boleh share pengalaman Tuan selama bekerja di syarikat ini dan bagaimana work culture environment di syarikat ini. Juga boleh Tuan selitkan juga motivasi sepatah dua kata untuk graduan yang masih mengganggur kerana krisis Covid-19 dan juga mereka yg masih berusaha mencari pekerjaan. Diharap entri Tuan mampu memberi semangat dan manfaat kepada mereka yang memerlukan. Terima kasih.
ReplyDeleteBoleh... InsyaAllah, nanti saya buat kan entri yang berkaitan perkara tersebut. Tunggu ya.
Delete