Wednesday, August 26, 2020

Buat First Degree Atau Study Dekat Universiti Malaya (UM)?? Apa Yang Perlu Anda Tahu ..?

 

UM Main Gate (Bangsar Gate). Source: Google

Assalamualaikum dan selamat sejahtera!!

Bagi entry kali ni, aku nak ceritakan pengalaman aku sepanjang 3 tahun bergelar mahasiswa di UM. What?? UM?? yes.....UM is One!! gittuh..

Baik lah...sebenarnya entry kali ni lebih kepada sambungan entry aku yang lepas mengenai pengalaman aku untuk apply UM ni melalui UPU. But now, rasanya UM ni dah pun diberikan autonomi untuk select pelajar-pelajar dorang sendiri (ada yang kena pergi interview). 

Kalau di entry yang sebelum ni aku cuma ceritakan in brief sahaja pasal pengalaman aku apply dan masuk ke Universiti Malaya. Kali ni aku akan cerita kan lebih detailed sikit so boleh la bagi sedikit views untuk adik-adik yang nak memohon belajar kat tempat ni

Ingin aku bagitau kat sini ya yang mungkin keadaan semasa aku menceritakan UM dengan keadaan sekarang dh banyak beza sebab aku dulu grad tahun 2011. Sekarang dah pun masuk tahun 2020. Aku percaya dah banyak perubahan yang berlaku kat UM ni sekarang and hopefully perubahan yang positive lah 

Kolej Kediaman (Asrama) di UM

Untuk pengetahuan korang, asrama atau hostel di UM ni kita tak panggil dia sebagai asrama. Kat sini asrama dipanggil sebagai "Kolej Kediaman" di mana dekat UM ada lebih kurang 12 Kolej Kediaman dalam campus. Dan ada juga yang diluar kampus tapi yang itu lebih kepada premium housing untuk para pelajar luar negara. Rasanya kalau local students nak duduk di situ pun boleh. Tapi anda kena lah berhubung dengan pejabat kolej yang premium tu (entah apa namanya, dah lupa plak) untuk dapatkan maklumat lanjut.

Kolej-kolej kediaman kat UM ni ada nama-nama dia which aku boleh list kan seperti kat bawah ni:


Kolej Kediaman Pertama - Kolej Tuanku Abdul Rahman (ASTAR)

Kolej Kediaman Kedua - Kolej Tuanku Bahiyah

Kolej Kediaman Ketiga - Kolej Tuanku Kurshiah

Kolej Kediaman Keempat - Kolej Bestari
Kolej Kediaman Kelima - Kolej Daya Sari
Kolej Kediaman Keenam - Kolej Ibnu Sina
Kolej Kediaman Ketujuh - Kolej Za'ba
Kolej Kediaman Kelapan - Kolej Kinabalu
Kolej Kediaman Kesembilan - Kolej Tun Syed Zahiruddin
Kolej Kediaman Kesepuluh - Kolej Tun Ahmad Zaidi
Kolej Kediaman Kesebelas - Kolej Ungku Aziz
Kolej Kediaman Kedua belas - Kolej Raja Dr. Nazrin

Di atas ni aku ada listkan kolej-kolej kediaman kampus UM Kuala Lumpur (main campus). So, kalau korang dapat tengok, kebanyakan kolej-kolej di atas nampak lama. Ya, betul. Ini disebabkan UM ni merupakan universiti yang tertua kat Malaysia ni. Kolej-kolej kediaman yang korang tengok tu jugak pernah menjadi asrama beberapa orang figura-figura penting yang pernah belajar kt universiti ni. 

Tapi apa yang boleh aku cakap, korang tak perlu bimbang. Bangunan tu je yang nampak macam lama, tapi Pengurusan UM memang berusaha untuk menaik taraf fasiliti-fasiliti yang ada. Macam aku dulu duduk dekat Kolej Kediaman Kesembilan - Kolej Tun Syed Zahiruddin. Apa pendapat aku, walaupun bangunan lama, tapi fasiliti yang disediakan memang okay dan conducive untuk seorang pelajar. Jadi korang tak perlu risau.

Apa yang perlu korang tau dulu, Kolej Tun Syed Zahiruddin ni dulu masa zaman aku banyak menempatkan budak-budak dari Fakulti Ekonomi, Fakulti Perniagaan & Perakaunan, Fakulti Bahasa. Tapi ada juga pelajar-pelajar dari Fakulti yang aku mentioned tadi tu ditempatkan kat Kolej Kediaman Ketiga dan Keempat. Tapi masa zaman aku, budak-budak Ekonomi memang kebanyakannya akan ditempatkan di Kolej Tun Syed Zahiruddin ni.

Macam budak-budak dari Fakulti Perubatan yang belajar nak jadi doktor, mereka akan ditempatkan khas di Kolej Ibnu Sina (Kolej Kediaman Keenam) yang memang dikhaskan untuk pelajar-pelajar klinikal. Kolej Kediaman Daya Sari plak, ha yang pun special kes, ni selalunya budak-budak second year je yang duduk. Masa zaman aku budak-budak first year takkan duduk dekat kolej ni. Kenapa?? sebab Kolej ni memang dikhaskan untuk budak-budak PALAPES. Kalau korang rasa macam nak belajar dengan environment yang ala-ala tentera, kena kawad tiap-tiap petang, jadi masuk la PALAPES.

Kalau nak tahu, kebanyakan asrama universiti dekat Malaysia ni memang dipanggil sebagai kolej kediaman. Tapi ada juga yang tak panggil kolej, tapi panggil "Desa". So ikut suka uni tu la nk label ape pun asrama dorang. No problem.

Kenapa anda perlu belajar di UM? 

Untuk pengetahuan korang, UM ni merupakan universiti terbaik di Malaysia, kedua terbaik di Asia Tenggara, dan antara terbaik juga di Benua Asia dan Dunia. Cuma mungkin korang boleh lah berdebat pasal universiti terbaik di dunia tu sebab sekarang ni ada dua petunjuk antarabangsa yang menunjukkan ranking UM yang berbeza-beza macam QS Ranking dan Times Higher Education. 

Kebanyakan pensyarah dekat UM juga adalah graduate from best universities. Macam fakulti aku dulu, Fakulti Ekonomi, memang kebanyakan pensyarah semua lulusan luar negeri macam dengan Amerika Syarikat, United Kingdom dan sebagainya. So korang tak perlu risau kalau rasa local graduate ni tak de class. Sorry to say, orang yang low mindset je boleh cakap macam tu. Aku yang dah pernah belajar kat UiTM untuk diploma dan UM untuk degree, aku boleh simpulkan antara dua-dua ni, memang UM lah universiti yang sangat tough yang aku pernah belajar seumur hidup aku. Sampai kalau diberikan pilihan untuk aku patah balik ke zaman nk belajar UM dulu, aku rasa aku tak nak...ahahaha. Kalau anda rasa anda nak uji kepandaian anda, maka pilihlah untuk belajar di UM.

Mengikut 1 post yang aku baca dalam laman online, UM menduduki tempat teratas antara universiti-universiti yang ada dekat Malaysia ni dalam kebolehpasaran graduan selepas menamatkan pengajian. Tapi ini tidak bermaksud masuk UM, confirm dapat kerja ya. Segalanya bergantung pembawakan, attitude serta kerja keras graduan-graduan tu sendiri dalam mencari kerja dan memasarkan diri dorang pada employer kat luar sana tu.

Fasiliti-fasiliti yang ada di UM ni antara yang ok juga bagi aku. Walaupun ada certain tu agak usang, tapi bagi course-course yang melibatkan science & technical, fasiliti pembelajaran yang disediakan adalah antara yang terbaik di dalam IPTA yang ada kat dalam Malaysia ni. Jadi anda jangan ragu-ragu untuk mohon belajar kat sini.

Satu lagi faktor yang menyebabkan permohonan masuk ke UM ni hot selling adalah lokasi UM especially kampus induk di Lembah Pantai itu sendiri yang terletak betul-betul di antara KL dan Selangor (Petaling Jaya). Jadi kalau anda nak mencari bilik sewa/ rumah sewa, barang-barang keperluan, buku rujukan dan sebagainya, memang sangat senang nak carik kat kawasan sekitar. 

UM ni juga terkenal dengan universiti yang banyak aktiviti, program-program seminar, kokurikulum dan sebagainya. Masa aku belajar dulu, hampir setiap minggu ada je program-program yang UM anjurkan untuk pelajar-pelajar. Ada program yang wajib dan ada juga program yang tak berapa nak wajib. Sama ada nk enrol program apa kat UM ni, banyak juga bergantung pada minat anda.

Tempat yang wajib korang tahu kat dalam UM.


(Kompleks Perdana Siswa: source google)

Kalau anda semua nak tahu, kat atas ni adalah Kompleks Perdana Siswa atau bahasa aku dengan kawan-kawan aku dulu kami panggil KPS. KPS ni adalah macam pusat sehenti bagi para pelajar dan juga tempat ini merupakan salah satu tempat yang paling kerap dan ramai dikunjungi oleh pelajar-pelajar UM. Jadi anda wajib tahu kenapa. So, kenapa?? sebab kat sini la ada bermacam-macam ATM nak kluar kan duit, ada Pekan Buku (untuk anda beli buku-buku rujukan - tapi sekarang dengar macam dah tak ada), pejabat pos, cafeteria (dulu kalau aku teringin nk makan western memang singgah sini la), kedai runcit dan sebagainya. KPS ni juga dulu merupakan pusat pelajar melakukan aktiviti sebab kat area KPS ni ada juga bilik seminar, bilik kaunseling, kedai phostostat, makmal komputer untuk student dan lain-lain lagi. Tapi tu masa zaman aku belajar dulu lah. Sekarang mungkin Pengurusan UM dah buat sikit perubahan pada KPS ni. Wallahualam. 




(Perpustakaan Universiti Malaya: source google)

Gambar kat atas ni kalau dah jadi student UM tapi tak tau, memang tak tau la aku nak cakap macam mana. Ni merupakan tempat yang paling penting yang korang tak boleh nak lupa sepanjang bergelar pelajar kat UM iaitu Library UM atau Perpustakaan UM. Kalau korang nak tahu, UM dia ada banyak library sebenarnya especially dekat fakulti-fakulti. Tapi yang perpustakaan di fakulti tu memang khusus menjurus kepada disiplin belajar yang spesifik. Sebagai contoh Perpustakaan Za'ba di Fakulti Perakaunan & Perniagaan yang hanya ada bahan-bahan ilmiah khas berkaitan pengajian perniagaan, perakaunan dan ekonomi sahaja. Kalau anda nak cari bahan ilmiah macam jurusan undang-undang, kalau cari kat sini sampai kiamat pun tak jumpa.

Berbalik pada Perpustakan UM, yang ni dikategorikan sebagai perpustakaan utama dekat UM ni. Dia lebih broad berbanding perpustakaan yang ada dekat fakulti-fakulti dalam UM di mana bahan-bahan ilmiah yang anda nak cari dari pelbagai disiplin belajar ada kat library ni. Dalam ni juga ada ruang diskusi, makmal komputer, bilik seminar dan lain-lain lagi. Library UM ni akan jadi lagi padat dan sesak dengan manusia pada musim-musim nak exam atau study leave for exam preparation. Kau akan jumpa pelbagai manusia keluar dan masuk library ni sampai ada yang terpaksa bersila atas lantai sebab meja dah penuh. Masa zaman aku belajar jugak library  utama ni dibuka sampai pukul 12 tengah malam masa musim-musim exam sebab nak bagi para pelajar mentelaah. Masa nak tutup biasanya pihak library akan buat announcement (ada banyak speaker di letakkan kat setiap pelosok library ni) yang bagi tau library nak tutup dah lagi berapa minit. 

Di dalam library ni juga ada beribu-ribu buku dan bahan ilmiah yang korang boleh cari untuk dijadikan sebagai bahan rujukan utama korang untuk korang study nanti. Bahan-bahan ilmiah macam buku, tesis, proposal, gazetteer, dissertation, journal, academic journal, atlas, almanac, dictionary, magazine (pelbagai disciplines) pun ada. Bukan sahaja bahan ilmiah yang berbentuk fizikal malah bahan ilmiah yang berbentuk online pun ada sebab UM memang subscribed database i.e online journals yang top notch untuk dijadikan sebagai bahan rujukan para pelajar dan lecturers yang nak buat kajian. So kemudahan-kemudahan yang ada ni membuatkan korang research nanti, tak payah nak bangun pegi mana, hanya di hujung jari sahaja. Aaa...Gittew..



(Tasik Varsiti: source google)

Gambar ni merupakan Tasik Varsiti yang sangat terkenal kat UM ni. Sekitar tasik ni ada track untuk orang berjogging keliling tasik ni dan ada juga pondok-pondok gazebo untuk korang berehat lepas korang dh penat-penat jogging. Tapi sebenarnya tasik ni sangat terkenal dengan aktiviti kayak dan selalunya korang akan nampak tasik ni penuh dengan budak-budak berkayak especially pada waktu petang. Yes, korang pun boleh juga berkayak kalau dah jadi student nanti. Rasanya free, dan aku pun pernah sekali berkayak kat Tasik Varsiti ni. Tu pun secara kebetulan sebab amik kokurikulum Pendidikan Luar, Kayak ni merupakan subjek wajib kitaorang masa tu. So kena la berkayak tapi memang best sangat. 


(Padang Varsiti: source google)

Kalau korang nak tau, Tasik Varsiti juga interconnected dengan Padang Varsiti (sebelah-sebelah je) and padang ni memang sangat besar dan ada pelbagai court macam bola keranjang semua. So pada korang yang suka bersukan tu memang di sinilah tempatnya. Dan kalau korang nak tau, dekat kolej-kolej kediaman pun kebanyakannya ada court atau padang sendiri. So kalau rasa-rasa macam malas nak pergi atau nak menapak ke Padang Varsiti, korang boleh je bersukan kat padang kolej kediaman (but not all kolej kediaman ada padang). 




(Bangunan Canseleri UM: source google)

Ok, gambar dekat atas ni pulak sebenarnya adalah Bangunan Canseleri UM. Nampak cantik kan??? hahaha...betul-betul berhadapan dengan Tasik Varsiti UM. Kalau korang nak tahu, yang gambar kat atas ni merupakan bangunan Canseleri yang baru. Masa zaman aku dulu, bangunan Canseleri baru ni memang tak ada lagi, dan bangunan Canseleri yang lama pulak terletak dekat sebelah Dewan Tunku Canselor (DTC).

Kalau korang nak tau, Bangunan Canseleri ni adalah tempat di mana Naib Canselor UM bersemayam (hehehe). Dekat sini jugak korang kena tau dan mungkin korang akan selalu pergi sebab kat Canseleri ni juga terletaknya Jabatan Bendahari UM. So kalau korang nak bayar yuran pengajian, haaa memang ni la tempatnya jadi memang korang kena tau juga kat mana terletaknya Bangunan Canseleri ni.



(Bangunan Peperiksaan UM: source google)

Gambar dekat atas ni adalah Bangunan Peperiksaan UM. Tempat ni adalah tempat yang wajib untuk korang tau sebab kat tempat ni lah nanti korang akan menduduki peperiksaan akhir semester (untuk setiap semester). Untuk budak-budak yang baru masuk memang untung dapat buat exam kat tempat ni, sebab zaman aku dulu, bangunan peperiksaan yang baru ni memang belum ada lagi. Bangunan Peperiksaan yang masa zaman aku dulu opposite across the road of DTC. Yang dulu punya Bangunan Peperiksaan memang kecil jika nak dibandingkan dengan Bangunan Peperiksaan yang baru ni.

Jalan nak ke Bangunan Peperiksaan ni sama laluan dia macam nak ke Fakulti Perubatan UM. Untuk makluman Fakulti Perubatan UM ni tak nampak macam fakulti langsung sebab fakulti dia bersambung dengan hospital (Pusat Perubatan UM). Ehh...dah lari topik plak. Jadi korang yang baru-baru masuk ni kira bertuah sebab dapat exam dekat Bangunan Peperiksaan yang baru ni tau. Dengar kata memang best sangat.



(Dewan Tunku Canselor {DTC}) : source google)

Haaa....yang gambar kat atas ni kalau korang tak tau maksudnya korang tak boleh grad hahaha. Ni adalah the one and only Dewan Tunku Canselor atau masa zaman aku dulu, budak-budak panggil bangunan ni as DTC. Dulu tempat ni juga dijadikan sebagai tempat untuk menjawab peperiksaan sebab Bangunan Peperiksaan yang lama dulu tak berapa nak besar sangat compared to the new one. 

DTC ni bukan saje tempat untuk korang bergraduat dapat scroll semua lepas habis belajar, tapi juga kalau ada macam persembahan, seminar, pertandingan dan sebagainya, haaa...memang ni la tempatnya.




(Rimba Ilmu UM: source google)

Gambar kat atas ni adalah Rimba Ilmu, iaitu kawasan hutan kecil yang ada dekat dalam kampus UM Kuala Lumpur ni. Rimba Ilmu ni sebenarnya berdekatan dengan Akademi Pengajian Islam (API). Aku personally memang tak pernah langsung sampai kat tempat ni sepanjang aku belajar dulu. But I know where this Rimba Ilmu is located sebab pernah la lalu dulu. 

Daripada cerita-cerita yang pernah aku dengar, Rimba Ilmu ni kawasan yang sangat dijaga in terms of landscape nya. Jadi korang jangan bimbang la kalau ingat hutan ni macam hutan belantara ke ape ke kan. Tak, dia memang sangat dijaga oleh Pengurusan UM dan siap ada track pejalan kaki lagi macam yang korang boleh tengok kat dalam gambar ni. 

Korang yang dapat belajar kat UM kalau sekali sekala nak melihat kehijauan tumbuh tumbuhan dalam hutan dan sebagainya, bolehlah datang ke Rimba Ilmu ni sebab nak masuk tak perlu bayar pun, rasanya tulis nama pun tak perlu hehehe. 

Kat dalam ni setahu aku yang aku dengar cerita dari kawan-kawan aku memang banyak pokok-pokok yang tumbuh secara semula jadi, dan ada juga pokok-pokok yang ditanam oleh para botani especially pokok-pokok herba yang pelik-pelik yang korang tak pernah jumpa seumur hidup korang. Tapi kalau korang ni jenis yang takut ngan nyamuk, tak payah ler datang kat sini...hehehe.


(Masjid Ar Rahman: Source google)

Aku rasa berdosa sangat kat korang kalau aku tak bagi tau masjid dekat UM ni belah mana kan...hihihi. Untuk pengetahuan korang, UM tak ada masjid sendiri. Macam UKM ada masjid sendiri. Walaubagaimana pun, kalau korang nak tau, masjid yang berdekatan dengan UM adalah Masjid Ar Rahman, Lembah Pantai, KL. Masjid ni terletak betul-betul sebelah pondok guard dan Fakulti Undang-undang UM tapi dia memang berada di luar kawasan pintu pagar UM. 

Masjid ni pun selalu anjurkan program dan macam aku dulu ada juga ikut kawan-kawan aku masuk Masjid ni kalau ada apa-apa program. Tapi disebabkan aku duduk di Kolej Kediaman Kesembilan dulu, masjid yang terdekat bagi kami yang duduk sini adalah masjid UIA, PJ. Nak ke Masjid Ar Rahman memang agak jauh dari hostel aku. Jadi aku personally lebih familiar dengan Masjid UIA, PJ dari Masjid Ar Rahman.  

Ok korang, ni la antara info-info yang korang kena tau sebelum nak masuk UM. Sebenarnya ada banyak lagi kawasan-kawasan yang aku nak tunjuk. It is just that aku tak jumpa pulak gambar-gambar dia kat dalam google macam kolam renang, pusat kesihatan, pejabat keselamatan (ni pun korang kena tau sebab Bahagian Keselamatan UM memang kerap buat spotcheck kenderaan sapa yang tak ada sticker, confirm memang kena clamp, tak pun korang parking kat tempat yang tak sepatutnya, bersiap sedia la korang untuk bayar denda nak buka clamp kt kereta/motor korang). 

Kalau korang nak tau apa-apa lagi, boleh tanya aku kat section comments kat bawah. InsyaAllah aku cuba la tolong bagi info setakat mana yang aku tau.

Tapi information yang aku ada memang sangat limited ye sebab aku dah lama grad dari UM ni. So, UM sekarang dah banyak changes dari pelbagai segi sampai hari tu aku masuk kat dalam UM pun boleh sesat...hehe. Ok korang, chow chin chow dulu for now!!! Assalamualaikum!








Wednesday, August 5, 2020

Tajuk for Story Blog yang baru????????

Wahhh....
nampaknya ramai yang view post aku pasal belajar kat Universiti Malaya ni.
Tak sangka ramai juga adik-adik yang nak belajar di sini ya...
Aku ucapkan selamat maju jaya ya...yang penting usaha, doa dan tawakkal.

Sama ada dapat atau tak dapat tu adalah perkara kedua dan always remember perancangan Allah S.w.t tu adalah sebaik-baiknya untuk kita. Jadi walau ape pun keputusan kita dapat untuk belajar kata mana, terimalah dengan hati yang terbuka.

Next update? korang nk story pasal ape? ada cadangan? Aku ada a few :- 

1) Story pasal belajar di Universiti Malaya (part 2) 
2) Petronas' Structured Interview
3) Pengalaman aku semasa Kursus Petronas Induction Programme for New Executives (PIPE 94)

Cuba komen sikit..hehe :P

Skim Latihan 1 Malaysia Di bawah PETRONAS (Graduate Employability Enhancement Scheme - SL1M GEES)

Halo halo halo

Assalamualaikum Guys...

Apa khabar? Rasanya macam dah lama jugakkan aku tak update entry kat dalam blog aku ni...pejam celik pejam celik rupanya dah hampir setahun jugak aku tak update apa-apa kat dalam blog ni (last entry was in August last year).

Okay...mcm hari tu aku ada janji nak ceritakan pasal Skim Latihan 1 Malaysia yang aku pernah enrolled in 2011....and that was nearly 9 years ago (cerita zaman batu nih...). Dan, disebabkan oleh skim ni la aku dapat berkerja dengan Petronas (secara tak sengaja sebenarnya).


Umum mengetahui yang aku sangat susah nak dapat pekerjaan masa mula-mula grad dulu. Ada juga yang dapat interview and bila attended the interview session, rupanya scam...sruh jual produk-produk yang tah apa-apa kat orang ramai semua. Interview kerja yang tak scam pulak rata-rata nak pengalaman kerja sekurang-kurangnya 1-2 tahun (minimum)....Adooii matilanak...mana la nak dapat pengalaman kerja kalau tak diberi peluang berkerja kepada budak fresh grad?

Melilau kesana kemari aku mencari kerja...segenap pelusuk company aku dh pergi interview...tapi rezeki tu masih belum melekat lagi time tu. Tak lama selepas tu...aku dapat tau beberapa orang kawan aku yang masuk skim latihan 1 malaysia ni (SL1M) dapat kerja. Tapi apakah SL1M ni???

Ok...SLIM ni sebenarnya 1 program yang penah dianjurkan dulu dan diinspirasikan oleh mantan Perdana Menteri Malaysia yang lama, Dato' Seri Najib Razak untuk membantu membebaskan para graduan dari belenggu tak dapat kerja atau tanam anggur atau dengan erti kata lain menganggur. Program ni berkerjasama dengan GLC-GLC yang ada kat Malaysia ni yang rata-ratanya merupakan company yang besar la..

Gambar semasa kami tengah buat CSR Project untuk SL1M Gees batch 2
Gambar semasa kami tengah buat CSR Project untuk SL1M Gees batch 2

Aku sememangnya malas nak pergi masuk program ni...sebab program ni sebenarnya berbentuk training, nk kena belajar balik, present-present semua, ibarat kau macam belajar balik kat universiti (belum apa-apa lagi dh negative thinking aku nih...ayoo). Tapi demi nak mendapatkan sebuah pekerjaan, aku gagahkan jugak la diri ni apply skim ni. Alhamdulillah dapat a few offers seperti berikut:
Registration SL1M GEES di Petronas Leadership Centre, Bangi


Registration SL1M GEES di Petronas Leadership Centre, Bangi



1) SL1M Maybank
2) SL1M Sime Darby
3) SL1M Khaznah Nasional
4) SL1M Petronas

Mula-mula skali offer yang aku dapat lebih kepada yang no.1 - no.3....rasa nak bergerak untuk reply untuk confirmkan participation dalam program tu rasa mcm lemah sangat....sebab memang kalau boleh tak nak dah belajar, training-training semua ni. Tiba-tiba dapat panggilan dari Petronas, and dorang bagitahu aku dapat enrolled program ni under Petronas. Bagai tarikan magnet yang kuat dan tak berpikir panjang memang aku terus accept. Tak tahu la kenapa. Mungkin sebab nama dia "Petronas" and orang pun dah tau kan Petronas ni company yang sangat besar kat Malaysia ni

Mula-mula sampai kat Petronas Leadership Centre (PLC), tak tau la, aura dia memang sangat menarik minat aku untuk training kat tempat tu...scenery dia memang cantik, fasiliti-fasiliti dia semua memang tip top, kemudahan riadah yang pelbagai...plus, ada disediakan bilik penginapan di pusat training tu yang bertaraf hotel 3 bintang. Memang sangat-sangat selesa.



Penginapan disediakan oleh pihak Petronas di Petronas Leadership Centre sepanjang 14 soft skills training. Boleh tahan selesa juga bilik yang disediakan


Okay, training SL1M yang under Petronas ni tak ada lah lama sangat, seingat aku cuma 14 hari je untuk program soft skills training di mana anda akan di dedahkan dengan pelbagai kursus untuk mempersiapkan anda dengan dunia pekerjaan. selepas tamat soft skills training ni, barulah anda akan diletakkan di pejabat-pejabat Petronas di seluruh Malaysia (bergantung kepada kekosongan) mengikut kesesuaian dan kelulusan masing-masing. Penempatan ni dipanggil sebagai "On the Job Training" atau OJT yang akan berlangsung selama 6 bulan. Dia sebenarnya lebih kurang macam internship. 






Soft skills classroom training dekat Petronas Leadership Centre - SL1M GEES Batch 2


Sejujurnya aku sangat berpuas hati dengan cara Petronas handle program ni sebab kebajikan para peserta memang akan dijaga dengan baik. Macam aku, memang tak sempat nak habiskan 6 bulan. Nak masuk bulan kedua je aku dah dapat panggilan untuk Structured Interview di Petronas sebagai permanent staff. Alhamdulillah akhirnya dapat juga kerja masa tu selepas lama sangat tanam anggur kat rumah :P


muka-muka happy sbb classroom training dah habis...lepas ni buat OJT pulak

Zaman sekarang ni bagi yang fresh grad tu, memang susah sangat nak dapatkan pekerjaan, lagi2 kebanyakan syarikat sekarang nak kan staff yang ada pengalaman kerja. Yang dah ada pengalaman kerja pun belum tentu lagi bole dapat panggilan interview (based on my case...hihi). Jadi memang aku galakkan sangat-sangat untuk korang yang baru lepas grad ni masuk program-program macam ni...lepas tu buat lah intern atau on the job training. Mana tau rezeki korang nanti akan diserap masuk lepas supervisor tu berpuas hati dengan kerja korang. Kita pun tak tau kan? Sebab ni pun dikira sebagai salah satu usaha korang nak dapatkan peluang pekerjaan. 

Kalau nak tau, training soft skills ni tak la susah atau rumit sangat. Cuma renyah sedikit (bagi aku la) sebab banyak sangat presentation, lepas tu akan ada exercise kena buat malam2 or mungkin kena prepare something untuk present dlm kelas training nanti. Tapi kebanyakannya akan dibuat di dalam berkumpulan. Tapi don't worry. Ambil ni sebagai salah satu cabaran untuk korang lebih maju di masa hadapan. 




Perjalanan dari SPM nak masuk Universiti: STPM, Diploma dengan Matrikulasi / Asasi. Mana Satu Nak Pilih?????

  Assalamualaikum wbt.  Adik-adik, abang-abang, kakak-kakak semua. Lama dah nampaknya tak menulis kat blog ni. Biasa la...keje kat office be...