Assalamualaikum wbt.
Adik-adik, abang-abang, kakak-kakak semua.
Lama dah nampaknya tak menulis kat blog ni. Biasa la...keje kat office berlambak-lambat. Mana penah surut. Belum habis satu, boss dah tambah lagi satu keje. Memang tak menang dibuatnya.
Anyways, sebenarnya salah satu sebab kenapa aku tak menulis adalah kekeringan idea nak tulis pasal apa. so tadi masa aku skrol-skrol Facebook, terjumpa pulak posting pasal satu cikgu ni yang promote belajar STPM untuk sambung belajar peringkat Uni yang dikarang oleh editor/writer MStar. Link untuk story ni anda boleh klik di sini: https://www.mstar.com.my/lokal/viral/2021/04/18/patutlah-rajin-promosi-stpm-di-tiktok-rupa-rupanya-guru-praktikal-ini-ada-kisahnya-sendiri-akhirnya-kaki-dapat-juga-jejak-kafe
kredit: MStar Online
Lepas je baca cerita ni, terus aku ada idea nak tulis cerita pasal apa dan aku rasa terpanggil nak mengulas mengenai perjalanan yang seseorang boleh pilih lepas habis buat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), khususnya pada adik-adik yang tak tahu hala tuju macam mana nak sambung belajar dekat universiti.
Untuk makluman semua, sebenarnya ada banyak cara nak sambung belajar dekat universiti selepas ambil SPM. First and foremost, perlu diingatkan pada adik-adik yang dapat keputusan SPM yang tak berapa cemerlang, jangan risau, jangan sesekali rasa down dan membanding beza diri adik-adik semua dengan kawan-kawan yang lain yang cemerlang. SPM ni hanya satu tahap atau satu peringkat saja yang adik-adik kena lalui sebelum nak melangkah ke universiti. Kalau adik-adik tak cemerlang dalam SPM pun tak bermaksud tak dapat melangkah ke menara gading. Yang penting jangan sesekali rasa rendah diri, kurang motivasi dan sebagainya sebab ada banyak cara sebenarnya untuk adik-adik mencapai cita-cita adik-adik tu.
source: Google |
Antara cara yang paling common adalah sama ada melalui sambung ke STPM, Diploma, Asasi / Matrikulasi. Ada juga cara lain lain macam ambil A Level dan sebagainya dan kebiasaanya A Level ni kena ambil di Kolej Swasta. A Level ni sebenarnya macam asasi untuk anda belajar di Luar Negara.
Apa pun, sebenarnya setiap pilihan yang adik-adik nak pilih tu ada pro dan kontra masing-masing. Tapi setiap satu pilihan yang adik nak buat tu sebenarnya tak ada lah salah. Cuma kena ikut kesesuaian dan ekonomi semasa keluarga adik-adik semua.
source: Google |
Bagi adik-adik yang bijak bestari yang cemerlang, gemilang dan terbilang, sebelum ambil SPM sebenarnya boleh apply siap-siap untuk program matrikulasi / asasi. Biasanya untuk matrikulasi KPM, application akan dibuka awal dan kalau asasi di universiti pula, adik-adik boleh apply lepas dapat result SPM (selalunya universiti akan buka permohonan selepas result keluar). Tapi perlu diingatkan, matrikulasi dan asasi ni merupakan program "fast track", dan segalanya kena belajar dengan pantas. Sejujurnya kalau saya ni memang tak dan la. Saya lebih suka yang relax, belajar tak tergesa-gesa.
source: Google |
Next, kita ada STPM atau nama penuh dia Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia, haa....yang ni adalah option yang paling common adik boleh pilih. Tapi yang ni pun tertakluk sama ada adik dapat offer untuk masuk ke Tingkatan 6 atau tidak. Pilihan ni ok, sebab subjek-subjek yang adik-adik belajar lebih khusus sedikit dengan bidang-bidang yang adik nak dalami macam perakaunan, perniagaan, ekonomi, sains dan lain-lain lagi. Option untuk amik STPM ni juga sesuai sebab tak terlalu "fast track" sangat dan adik-adik ada masa nak catch up (sebab kena mengaji STPM dalam masa 2 tahun). STPM atau masuk tingkatan 6 ni juga lebih ekonomikal dan tidak melibatkan kos yang tinggi. Tapi macam saya, satu-satunya alasan kenapa saya tak sambung Tingkatan 6 ialah sebab tak nak pakai baju sekolah, tak nak beratur bila ada perhimpunan dan yang paling penting, kalau datang lambat nanti pengawas catit nama dalam buku (Oh no no no!). Yes, maybe ada antara korang yang rasa alasan aku ni pathethic, tapi inilah aku. Masa tu pada aku, aku nak rasa pengalaman yang different dari sekolah. Nak rasa macam mana pengalaman mengaji kat universiti. So aku amik risk untuk sambung diploma. Macam mana keadaan mengaji diploma??? ok ke tak?
source: Google |
Mengaji diploma memang tak sama langsung dengan belajar STPM. Kenapa? sebab subjek-subjek yang anda akan belajar lagi banyak dari STPM (berpuluh-puluh - tapi lebih mengkhusus). Subjek-subjek yang adik-adik akan belajar lagi tertumpu kepada bidang yang adik dalami. Contohnya Diploma Pengurusan Perniagaan, kursus-kursus yang adik-adik belajar mmg mengenai perniagaan dan keusahawanan (tapi adalah kursus-kursus wajib universiti yang lain, bukanlah tak ada langsung). Dan bagi aku yang paling best, setiap semester subjek lain-lain so banyak benda boleh belajar actually. Tempoh belajar pun memang relax sangat sebab kebiasaannya 3 tahun ada juga yang 4 tahun, so tak perlu tergesa-gesa. Yang tak bestnya pulak bila anda ada satu perasaan seakan-akan rasa ketinggalan bila tengok kawan-kawan yang blaja matrikulasi / asasi dengan STPM dah sambung degree dekat universiti. Lagi plak, kos untuk buat diploma bukannya murah. Anda mungkin bernasib baik jika dapat pinjaman PTPTN atau biasiswa, tapi perlu diingatkan, kalau pinjaman pelajaran ni kena bayar balik sebab nama pun pinjaman. Adik-adik juga boleh consider untuk apply diploma di Politeknik. Macam aku alhamdulillah, lepas 6 tahun keja, aku dah habis bayar bayar PTPTN guna akaun 2 KWSP (Thank you KWSP, tiberrr...). Untuk degree aku tak perlu bayar balik sebab dapat biasiswa JPA (Thank you Govt of Malaysia :) ).
So bila aku sambung degree pulak, aku dapati dalam course aku dulu banyak adik-adik dari STPM dengan Matriks (yelah aku dah tua kan masa tu, dari Diploma). Tapi in terms of kematangan dalam buat assignment, yang ni aku terpaksa bagi kredit pada budak-budak yang ada diploma sebab pengalaman aku buat assignment dengan budak-budak lepasan STPM dengan Matrik mula-mula tu garuk kepala jugak especially bila tengok format dia buat report assignment (ada macam projek folio sekolah pun ye juga). Tapi apa pun tu semua boleh belajar (no problem) yang penting kena ada keinginan untuk belajar benda baru. kalau tak ada, susah nak adapt dalam environment belajar kt universiti. Kat universiti ni tak ada pengawas macam kat sekolah, so kena belajar ada self-dicipline, jangan nanti tiba-tiba dapat surat kena expell from universiti sudah (pandai-pandailah jaga diri ye).
source: Google |
Tapi kalau diberi peluang pada aku, untuk putar balik masa sama ada nak belajar yang masa 1 lepas SPM, yeah...I would definitely say that I would choose STPM with no doubt atas faktor ekonomikal. Jadi, jangan risau kalau lepas SPM anda tak dapat offer mana-mana universiti. Saranan saya kalau dapat Tingkatan 6, ambil lah peluang untuk consider STPM as your choice. Jangan rasa rendah diri kalau SPM dulu kurang cemerlang dan sebagainya sebab tu bukanlah satu-satunya faktor yang menentukan kejayaan anda. SPM tu cuma satu fasa / peringkat je dalam hidup. Ada banyak lagi cara untuk adik-adik berjaya dan untuk sambung belajar kat universiti (yang swasta pun ada....la ni yang paling famous dalam kalangan orang-orang Melayu is MSU - diploma, degree, master, Phd semua ada).
So good luck adik-adik semua...remember to keep moving forward! Thanks for reading my piece! :)